Utusan Borneo (Sarawak)

‘BINTANG MASA DEPAN’

Rivaldo dipilih sertai kem latihan skuad B21 tahun negara

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Posa Majais melahirkan rasa bangga dengan pemilihan pemain skuad Piala Presiden Sarawak, Rivaldo Adrill Wilson menyertai kem latihan skuad bawah 21 tahun negara.

Posa berharap pemain pertahanan berusia 20 tahun kelahiran daerah Saratok itu menggunaka­n peluang terbaik itu sebaik mungkin untuk menempatka­n dirinya dalam skuad negara.

“Satu kebanggaan kepada arena bola sepak Sarawak kerana seorang lagi pemain muda kita (Rivaldo) dipanggil untuk menyertai latihan bersama skuad bawah 21 tahun negara.

“Ini membuktika­n Sarawak

Ini membuktika­n Sarawak tidak ketandusan pemain-pemain muda berkaliber yang mampu menyinar di peringkat tinggi jika terus diberikan kepercayaa­n. Datuk Posa Majais Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak

tidak ketandusan pemain-pemain muda berkaliber yang mampu menyinar di peringkat tinggi jika terus diberikan kepercayaa­n.

“Saya berharap Rivaldo menggunaka­n peluang terbaik itu dengan sebaik mungkin untuk membuktika­n kemampuann­ya agar terpilih mewakili skuad negara,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Beliau juga berharap pe- milihan Rivaldo dapat menyuntik semangat pemain-pemain muda lain termasuk pemain-pemain senior agar terus berusaha meningkatk­an prestasi masing-masing agar turut terpilih mewakili skuad negara suatu hari nanti.

Rivaldo antara 26 pemain yang berjaya melepasi saringan awal daripada seramai 42 pemain.

Kem latihan selama 10 hari itu diadakan di Wisma FAM sebagai persiapan menghadapi tiga kejohanan besar peringkat antarabang­sa.

Kejohanan tersebut ialah Piala Ulang Tahun PSSI 2018 di Stadium Pakansari pada 27 April hingga 6 Mei, Kelayakan Kejohanan AFC B-23 Tahun dan Kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020 tahun depan.

 ??  ??
 ??  ?? POSA
POSA
 ??  ?? DIPILIH: Rivaldo (berdiri kiri) bersama rakan sepasukan semasa perlawanan Piala Presiden 2018 menentang PKNS FC.
DIPILIH: Rivaldo (berdiri kiri) bersama rakan sepasukan semasa perlawanan Piala Presiden 2018 menentang PKNS FC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia