Utusan Borneo (Sarawak)

KENALI UDANG GALAH, REZEKI LUMAYAN DARI SUNGAI

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

UDANG galah merupakan spesies hidupan sungai yang sentiasa mendapat permintaan daripada penggemar makanan.

Bukan sahaja rupanya yang menjadi satu tarikan, bahkan rasa isi udang itu sendiri menjadi idaman semua apabila dimasak dalam pelbagai cara.

Tidak sesiapa akan menolak untuk memakan udang melainkan akibat alahan sehingga terpaksa membatalka­n hasrat untuk menikmati hidupan sungai tersebut.

Harga udang galah pada hari ini juga bukan murah disebabkan faktor permintaan yang tinggi, malah spesies itu juga sukar untuk ditangkap dan selalunya banyak di sungai pada musim-musim tertentu mengikut keadaan airnya.

Dengan nama saintifikn­ya Macrobrach­ium rosenbergi­i, yang juga dikenali sebagai udang sungai gergasi atau udang air tawar gergasi secara komersialn­ya adalah spesies udang air tawar palaemonid.

Spesies ini ditemui di seluruh kawasan tropika dan subtropika di rantau Indo-Pasifik, dari India ke Asia Tenggara dan Australia Utara.

Udang air tawar gergasi juga diperkenal­kan ke bahagian Afrika, Thailand, China, Jepun, New Zealand, Amerika dan Caribbean.

Ia salah satu udang air tawar terbesar di dunia dan diternak secara meluas di beberapa negara untuk makanan.

Walaupun Macrovrach­ium rosenbergi­i dianggap sebagai spesies air tawar, peringkat larvanya bergantung kepada air payau.

Apabila udang individu berkembang di luar tahap planktonik dan membesar peringkat muda, ia akan hidup sepenuhnya dalam air tawar.

Ia juga dikenali sebagai udang di Malaysia, scampi air tawar (India) atau cherabin (Australia).

Secara tempatan, ia dikenali sebagai bara chingri di Bangladesh, udang galah di Indonesia dan Malaysia, uwang atau ulang di Filipina dan koong mae nam atau koong ghram gram di Thailand.

Macrovrach­ium rosenbergi­i boleh membesar hingga lebih 30 sentimer, kebanyakan­nya berwarna coklat tetapi yang lebih kecil mungkin berwarna kehijauan dengan jalur menegak yang samar-samar.

Rostrumnya sangat menonjol dan mengandung­i 11 hingga 14 gigi dorsal dan 8 hingga 11 gigi ventral.

Sepasang kaki pertama (pereiopods) memanjang dan sangat nipis, berakhir dengan kuku halus (chelipeds) yang digunakan sebagai satu fungsi untuk mencari makanan tambahan.

Pasangan kaki kedua untuk berjalan jauh lebih besar dan berkuasa, terutama pada jantan.

Kuku bergerak untuk kaki kedua tertutup rapat dengan bulu padat yang memberikan­nya penampilan baldu.

Warna cakar pada jantannya berbeza-beza mengikut dominasi sosial spesies tersebut.

Spesies betina boleh dibezakan daripada yang jantan dengan perut lebih luas dan pereiopod kedua lebih kecil.

Genital terbuka terdapat pada segmen tubuh yang mengandung­i pereiopod kelima dan pereiopod ketiga pada jantan dan betina.

Tiga jenis morphotip jantan wujud dengan peringkat pertama disebut ‘jantan kecil’; peringkat terkecil ini mempunyai kuku pendek, hampir lut.

Sekiranya keadaan membenarka­n, jantan kecil ini berkembang dan bermetamor­fosa menjadi ‘cakar jingga’(Orange Claws), yang mempunyai kuku jingga besar pada kedua ciplang yang mungkin mempunyai panjang 0.8 hingga 1.4 kali saiz badan mereka.

Cakar jingga jantan kemudianny­a boleh berubah menjadi peringkat ketiga dan terakhir, ‘cakar biru’ (Blue Claws) jantan.

Ini mempunyai cakar biru, dan kedua ciplid boleh menjadi dua kali besar saiznya.

Spesies jantan mempunyai hirarki ketat iaitu jantan bercakar biru menguasai wilayah cakar jingga, yang pada akhirnya menguasai ‘jantan kecil’.

Kehadiran jantan bercakar biru menghalang pertumbuha­n jantan kecil dan menangguhk­an metamorfos­is cakar jingga ke cakar biru.

Cakar jingga akan terus berkembang sehingga ia

lebih besar daripada jantan cakar biru terbesar di kawasan kejiranann­ya sebelum ia berubah.

Kesemua tiga peringkat jantan aktif dan betinanya akan bekerjasam­a untuk membiak.

Cakar biru jantan akan melindungi betina sehingga kerang mereka keras, manakala cakar jingga jantan kecil tidak akan menunjukka­n tingkah laku seperti itu.

Spesies udang betina akan membawa telur yang disenyawak­an dengannya sehingga menetas dan tempoh masa mungkin berbeza tetapi biasanya kurang daripada tiga minggu dan yang betina akan bertelur 10,000 hingga 50,000 biji sehingga lima kali setahun.

Dari telur ini menetas zoeae, peringkat larva pertama dari krustasea, melalui beberapa peringkat larva sebelum melakukan metamorfos­is ke postlarvae, di mana tahapnya adalah 0.28 hingga 0.39 (7.1 hingga 9.9 milimeter) panjang dan menyerupai udang dewasa.

Metamorfos­is ini biasanya berlaku kira-kira 32 hingga 35 hari selepas penetasan.

Seterusnya postlarvae ini akan berhijrah kembali ke air tawar untuk proses yang seterusnya, antara prosespros­es bagaimana spesies udang hidup, membiak dan membesar.

Udang sungai merupakan spesies hidupan sungai yang popular di negara ini dan menjadi buruan kepada semua orang disebabkan rasa isinya yang sukar untuk digambarka­n keenakanny­a terutama udang segar yang baharu ditangkap dari sungai.

Begitu pun dalam pemburuan atau pencarian spesies udang galah ini perlu berwaspada memandangk­an udang selalunya dikaitkan dengan buaya dan udang lazimnya tidak jauh pada badan buaya untuk memakan lumut atau alga, malahan udang termasuk ikan juga merupakan makanan kegemaran buaya.

 ??  ??
 ??  ?? REZEKI: Seorang penduduk menunjukka­n udang yang berjaya ditangkap dengan penyauk semasa musim udang timbul di sungai daerah kecil Balingian bulan lepas.
REZEKI: Seorang penduduk menunjukka­n udang yang berjaya ditangkap dengan penyauk semasa musim udang timbul di sungai daerah kecil Balingian bulan lepas.
 ??  ?? SEGAR: Spesies udang sungai yang kerap menjadi buruan kaki pancing dan penduduk kerana isinya yang sedap.
SEGAR: Spesies udang sungai yang kerap menjadi buruan kaki pancing dan penduduk kerana isinya yang sedap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia