Utusan Borneo (Sarawak)

Peranan CERT akan diperluas

Mesin pam pemadam api mudah alih dibekal kepada 15 pasukan untuk memastikan tugas dilaksana dengan berkesan

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Peranan Pasukan Tindakan Kecemasan Komuniti (CERT) diperluask­an untuk membantu memadam api dan menangani kebakaran di negeri ini.

Bagi memastikan keberkesan­an peranan CERT, sebanyak 15 unit mesin pam pemadam api mudah alih dibekalkan kepada 15 pasukan CERT.

Pasukan yang menerima mesin tersebut adalah dari Batu Kawa, Simpok, Senah Rayang, Bunan Gega, Buntal, Sebuyau, Tanjung Engkabang, Engkilili, Debak, Sungai Jih, Kemunting, Jepak, Belaga, Nanga Medamit dan Long Sukang.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, Sarawak menanggung kerugian besar akibat kebakaran saban tahun.

Justeru katanya, amat pen-

Perolehan pam ini adalah kerjasama di antara kerajaan negeri menerusi Unit Keselamata­n dan Penguatkua­saan Negeri (UKPN), Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Petronas.

ting kerajaan memperluas­kan peranan CERT untuk membantu memadam api jika berlaku kebakaran.

“Untuk membolehka­n pasukan CERT ini bertindak lebih berkesan, maka mereka dibekalkan dengan mesin pam pemadam api mudah alih ini.

“Perolehan pam ini adalah kerjasama di antara kerajaan negeri menerusi Unit Keselamata­n dan Penguatkua­saan Negeri ( UKPN), Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Petronas.

“Kita merancang untuk memperoleh­i beberapa mesin lagi supaya kekuatan CERT dapat diperkukuh­kan dalam membantu memadam api serta mengurangk­an kebakaran,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Pam Pemadam Api Mudah Alih kepada Pasukan CERT di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri di sini, semalam.

Terdahulu dalam ucapannya, Uggah berkata kerajaan negeri menyokong penuh penubuhan pasukan CERT dan merancang untuk memperluas­kannya ke semua 82 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Kewujudan pasukan CERT katanya, amat diperlukan untuk membantu masyarakat terutama dalam kebakaran yang kerap berlaku di negeri ini.

Mengikut laporan katanya, Sarawak menanggung kerugian hampir RM100 juta akibat kebakaran masing- masing pada 2016 dan 2017, tetapi pada masa sama kecekapan pasukan bomba dan bomba sukarela telah menyelamat­kan harta benda bernilai hampir RM190 juta pada 2016 dan RM357 juta pada 2017.

Uggah yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri turut berterima kasih kepada Petronas yang telah membeli mesin itu dengan harga RM30,000 seunit sebagai salah satu daripada tanggungja­wab sosial korporat (CSR) mereka.

Turut hadir Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian, Pengarah UKPN Dato Dr Chai Khin Chung, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Nor Hisham Mohammad dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia LNG Sdn Bhd Pau Kiew Huai.

Datuk Amar Douglas Uggah Embas Timbalan Ketua Menteri

 ??  ??
 ??  ?? DEMONSTRAS­I: Uggah (dua kanan), Pau (tiga kanan) dan Sim (lima kanan) melakukan demonstras­i memadam api menggunaka­n mesin pam pemadam api mudah alih pada majlis tersebut. Turut kelihatan Nor Hisham (kanan) dan Chai (empat kanan).
DEMONSTRAS­I: Uggah (dua kanan), Pau (tiga kanan) dan Sim (lima kanan) melakukan demonstras­i memadam api menggunaka­n mesin pam pemadam api mudah alih pada majlis tersebut. Turut kelihatan Nor Hisham (kanan) dan Chai (empat kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia