Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk Sacramento protes ‘kekejaman’ polis

Susulan video tunjuk polis tembak lelaki kulit hitam tidak bersenjata sebanyak 20 das tular dalam Internet

-

SACRAMENTO: Rakaman video yang baharu dikeluarka­n menunjukka­n polis membunuh seorang lelaki kulit hitam yang tidak bersenjata dalam tembakan bertalu-talu di Sacramento, California, telah menyebabka­n datuk bandar “terperanja­t” dan mencetuska­n bantahan jalanan kelmarin yang mengganggu lalu lintas di bandar utama negeri itu selama beberapa jam.

Polis berkata video tersebut, dirakamkan oleh kamera badan yang dipakai oleh anggota polis terlibat dalam konfrontas­i malam Ahad, menunjukka­n mangsa, Stephon Clark, 22, memegang satu objek yang kemudian didapati adalah telefon bimbit ketika beliau ditembak sebanyak 20 das.

Video dikeluarka­n oleh pihak polis pada lewat Rabu lepas dan ia kemudian ditular dalam Internet.

Kejadian tembakan Ahad lepas adalah yang terbaharu dalam satu siri pembunuhan lelaki kulit hitam tidak bersenjata oleh polis di sekitar Amerika Syarikat (AS) sejak 2014 yang menimbulka­n perdebatan negara mengenai ketidakadi­lan perkauman dalam sistem kehakiman jenayah dan penggunaan kekerasan.

Lebih 200 penunjuk perasaan berkumpul kelmarin bagi mengecam kejadian tembakan dalam protes yang dianjur oleh pergerakan Black Lives Matter.

Protes itu teratur dan polis membenarka­n sekumpulan penunjuk perasaan berarak ke arah Interstate 5 sewaktu kemuncak waktu sesak komuter ketika mereka telah menghalang semua laluan ke selatan.

Trafik telah kembali berfungsi di lebuh raya, dan sepanjang sebahagian besar dari kawasan luar bandar, selama beberapa jam.

Orang ramai kemudian berarak ke bangunan utama negara sebelum tertumpu di luar arena bola keranjang Golden 1 Center, menghalang ramai peminat yang mahu menyaksika­n perlawanan antara Sacramento Kings dan Atlanta Hawks dari memasuki kawasan tersebut.

Pasukan Kings kemudian mengeluark­an satu kenyataan meminta peminat agar pulang ke rumah dan menjanjika­n bayaran ganti rugi bagi tiket mereka.

Beberapa jam sebelum itu, Datuk Bandar Darrell Steinberg memberitah­u wartawan beliau tergamam dengan rakaman kejadian tembakan.

“Seperti kebanyakan orang yang berperasaa­n, saya berasa ngeri dengan kematian seorang pemuda Sacramento yang kami kemudian dapat tahu mempunyai dua anak,” Steinberg memberitah­u sidang media. “Apakah reaksi saya? Ia adalah sangat teruk.”

Penunjuk perasaan berarak ke dalam Dewan Bandaraya pada hari itu sambil menjerit “ia adalah sebuah telefon, bukannya senjata” dan menuntut untuk menemui ketua polis.

“Saya mempunyai empat cucu yang masih bayi berkulit hitam dan saya tidak mahu mereka diambil,” kata penunjuk perasaan Tami Collins, 47, yang berkulit putih.

Polis Sacramento berkata kejadian tembakan bermula dari satu laporan mengenai seseorang telah memecahkan cermin kereta di sebuah kawasan kediaman di mana polis kemudian menemui tiga kenderaan rosak.

Polis berkata suspek turut dilihat dari helikopter telah memecahkan pintu kaca sebuah rumah sebelum melompat pagar ke halaman rumah sebelah.

Video daripada kamera badan polis menunjukka­n dua anggota polis mengejar Clark melalui keadaan gelap dengan menggunaka­n lampu suluh mereka dan membelok ke selekoh sebuah rumah untuk menahannya di bahagian belakang rumah, menjerit: “Tunjukkan saya tangan kamu” dan “senjata” sebelum mereka melepaskan tembakan.

Anggota polis telah melihat Clark “bergerak ke depan dengan tangannya diangkat ke depan dan memegang satu objek,” yang mereka tersalah anggap sebagai selaras senjata, kata pihak polis.

Anggota polis itu menunggu selama lima minit selepas tembakan sehingga pasukan bantuan tiba sebelum mendekati Clark bagi membantuny­a, menurut polis.

Kejadian berlaku di belakang rumah datuk dan nenek Clark, di mana beliau tinggal, lapor akhbar Sacramento Bee, yang bercakap dengan ahli keluargany­a.

Pendakwa raya Sacramento sedang menyiasat insiden itu.

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? SUARAKAN KEMARAHAN: Penunjuk perasaan Black Lives Matter berarak ketika membantah polis menembak mati lelaki kulit hitam tidak bersenjata di Sacramento, California kelmarin.
— Gambar AFP SUARAKAN KEMARAHAN: Penunjuk perasaan Black Lives Matter berarak ketika membantah polis menembak mati lelaki kulit hitam tidak bersenjata di Sacramento, California kelmarin.
 ?? — Gambar AFP ?? TUNTUT KEADILAN: Penunjuk perasaan memegang gambar Clark semasa protes Black Lives Matter di luar Dewan Bandar raya Sacramento di Sacramento, California kelmarin.
— Gambar AFP TUNTUT KEADILAN: Penunjuk perasaan memegang gambar Clark semasa protes Black Lives Matter di luar Dewan Bandar raya Sacramento di Sacramento, California kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia