Utusan Borneo (Sarawak)

Nyanyian di Smule bawa rezeki buat Rin Muzaffar

-

BERMULA menyanyi di aplikasi Smule sejak awal tahun lepas, Rin Muzaffar, 30, tidak menyangka suaranya menarik perhatian komposer Shaiful Izzuddin untuk membawa lagu ‘Izinkan Aku.’

Rin atau nama sebenarnya Muhammad Muzaffar Basarudin turut tidak menyangka single pertamanya itu ditonton lebih 55,000 kali setelah dimuat naik dalam laman YouTube pada 22 Februari lepas.

Lagu balada rock itu dihasilkan di bawah syarikat Sword Sound Entertainm­ent, turut dimuat naik di Spotify, Joox, dan iTunes, manakala video klipnya akan dilancarka­n pada Jun depan, katanya kepada Bernama.

Bekas Perunding Penjenamaa­n sambilan di salah sebuah syarikat swasta berkata beliau pada mulanya gagal untuk hadir uji bakat yang disertai oleh 15 calon yang dipilih oleh Shaiful, yang lebih dikenali sebagai Izz Akasyah pada Disember lepas.

Beliau yang pada masa itu terpaksa menghadiri pengebumia­n bapa saudaranya tidak menyangka Izz Akasyah tetap mahu beliau membawa lagu itu, walaupun beliau hanya mampu untuk datang ke uji bakat pada keesokkan harinya.

Rin yang aktif sebagai penghibur jalanan di sekitar bandar raya ini serta menganggot­ai sebuah band yang membuat persembaha­n di beberapa majlis secara kecil-kecilan, berkata beliau terkejut apabila Izz Akasyah menghantar pesanan ke Facebookny­a supaya menghadiri uji bakat di syarikat rakamannya Studio Ada Exist, di sini.

“Walaupun saya tidak dapat hadir pada hari yang ditetapkan, pada keesokan saya datang bertemu beliau untuk menjalani sesi uji bakat dan tidak sangka terpilih untuk menyanyika­n lagu berkenaan,” katanya.

Menyentuh mengenai pengalaman­nya menyanyi lagu ‘Izinkan Aku’, beliau berkata: “Menghayati lirik lagu ini berat kerana tidak pernah melalui situasi yang digambarka­n oleh lagu itu.”

Anak kedua daripada lima adik beradik yang meminati muzik sejak kecil, dan mula bermain gitar sejak berusia 12, sering memuat nyanyianny­a ke Smule dan antara lagu yang dinyanyika­nnya ialah ‘Bunga’ nyanyian Ara Johari, ‘Rintihan Rindu’ oleh Wany Hasrita dan ‘Sandiwara’ oleh Xpose Band.

Rin dalam usaha memantapka­n lagi vokalnya, telah mendapat tunjuk ajar daripada Syafizawat­i Sharif atau Cikgu Shafi yang pernah menjadi tenaga pengajar Akademi Fantasia (AF).

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? BERMULA DENGAN SMULE: Penyanyi baharu Rin Muzaffar akui sukar hayati lagu ‘Izinkan Aku’.
BERMULA DENGAN SMULE: Penyanyi baharu Rin Muzaffar akui sukar hayati lagu ‘Izinkan Aku’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia