Utusan Borneo (Sarawak)

Dua sekawan dicekup hisap, jual syabu

Kedua-dua suspek ditahan dalam Ops Tapis di sebuah rumah di Kampung Limpaki

- Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: Dua sekawan yang dicekup atas kesalahan menghisap dadah mengaku menjual bahan terlarang itu sejak tahun lepas.

Kegiatan itu terbongkar selepas mereka ditahan tengah malam kelmarin dalam Ops Tapis di sebuah rumah di Kampung Limpaki.

Ketua Polis Daerah Limbang Superinten­den Mohd Bukhori Saffai berkata, operasi tersebut berjaya menahan suspek yang masing-masing berusia 21 dan 23 tahun.

“Hasil pemeriksaa­n, kita menjumpai satu peket plastik lutsinar dan satu tiub straw lutsinar berwarna hijau muda.

“Kedua-duanya mengandung­i ketulan jernih kristal

Hasil siasatan awal mendapati mereka bukan sahaja menghisap syabu, malah turut menjual bahan terlarang itu sejak 2017. Superinten­den Mohd Bukhori Saffai Ketua Polis Daerah Limbang

disyaki dadah jenis syabu seberat 0.61 gram yang disimpan di dalam satu bekas plastik berwarna hitam dan putih di rumah terbabit,” katanya kepada media semalam.

Mohd Bukhori berkata, kedua-dua suspek itu juga positif Methampeta­mine dan Amphetamin­e menerusi saringan awal air kencing yang dilakukan ke atas mereka.

“Hasil siasatan awal mendapati mereka bukan sahaja menghisap syabu, malah turut menjual bahan terlarang itu sejak 2017.

“Kita juga mendapati punca bekalan dadah diperolehi daripada pengedar tempatan dan kali terakhir mereka menghisap syabu pada Khamis lepas,” jelasnya.

Kata beliau, kedua- dua suspek yang tidak mempunyai kesalaham lampau disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya ( ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

 ??  ?? BERBAHAYA: Syabu yang ditemui semasa pemeriksaa­n di sebuah rumah di Kampung Limpaki semalam.
BERBAHAYA: Syabu yang ditemui semasa pemeriksaa­n di sebuah rumah di Kampung Limpaki semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia