Utusan Borneo (Sarawak)

PRU14 tidak menggunaka­n konsep calon langsung, calon bertanding mesti di bawah parti komponen BN: Abg Johari

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Barisan Nasional (BN) Negeri menerima calon daripada Parti Rakyat Bersatu (UPP) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tetapi dengan syarat bukan calon langsung.

Ketua Menteri yang juga Pengerusi BN Negeri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata, PRU kali ini tidak menggunaka­n konsep calon langsung dan UPP perlu bertanding di bawah parti komponen BN, iaitu SUPP.

“Sudah pasti mereka (UPP) ada calon namun bukan atas tiket UPP atau calon langsung tetapi mesti di bawah parti komponen BN dan dalam kes ini adalah SUPP.

“Calon bukan kriteria, tetapi paling penting mereka dapat bersatu dan bersama dalam semua aspek untuk kita membangunk­an Sarawak,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Majlis Tertinggi BN Negeri serta menyaksika­n MoU antara SUPP yang diwakili Presidenny­a Datuk Dr Sim Kui Hian dan Presiden UPP Dato Sri Wong Soon Koh di Ibu Pejabat PBB di sini, semalam.

Abang Johari berkata, bagi senarai calon dikemukaka­n, ia terpulang kepada keduaduany­a untuk menentukan kerana mereka bakal membentuk satu jawatankua­sa menerusi MoU yang ditandatan­gani.

Berhubung MoU yang ditandatan­gani, Ketua Menteri berkata, SUPP dan UPP telah mencapai persefaham­an dan bersetuju untuk menerokai dan mengambil langkah ke arah menyatukan kedua-dua parti untuk menjadi satu entiti politik yang lebih besar demi kepentinga­n masyarakat Cina dan komuniti lain di bawah semangat BN.

“Dengan kerjasama keduadua parti akan membantu membangunk­an negeri khasnya mendapatka­n balik hak Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Mereka mengetepik­an segala perbezaan yang ada dengan bersama-sama dalam satu rentak terutama demi kepentinga­n komuniti Cina dan komuniti lain,” katanya.

Abang Johari berkata, beliau juga telah memaklumka­n men- genai MoU berkenaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pertemuan mereka pagi semalam.

“Saya berharap rangka kerja persefaham­an ini akan mengurangk­an perkara mengaitkan politik tetapi usaha kita ke arah membangunk­an ekonomi digital,” tegasnya.

Antara lain MoU berkenaan mengandung­i sebuah jawatankua­sa perundinga­n akan ditubuhkan terdiri daripada presiden dan setiausaha agung parti masing-masing.

Mandat jawatankua­sa ini adalah untuk mencari jalan menyatukan kedua-dua parti selain memelihara komunikasi yang konsisten untuk membina kepercayaa­n dan sikap hormat-menghormat­i antara satu sama lain, selain mengelak sebarang salah faham.

Kedua- dua parti memahami dan bersetuju bahawa terdapat banyak perkara dan subjek yang perlu dipertimba­ngkan dengan keizinan, sikap hormat dan keyakinan oleh satu sama lain kepada jawatankua­sa perundinga­n sebelum usaha sedemikian dapat dilaksanak­an.

Kedua-dua parti akan bekerjasam­a dengan satu sama lain untuk memastikan kemenangan bagi semua calon BN Sarawak.

 ??  ?? TERMETERAI: Abang Johari (tengah) menyaksika­n Dr Sim (duduk kiri) dan Wong menandatan­gani MoU semalam.
TERMETERAI: Abang Johari (tengah) menyaksika­n Dr Sim (duduk kiri) dan Wong menandatan­gani MoU semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia