Utusan Borneo (Sarawak)

MoU tanda positif untuk bekerjasam­a

-

KUCHING: Memorandum Persefaham­an (MoU) yang dimeterai di antara Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan parti serpihanny­a, Parti Rakyat Bersatu (UPP) tanda positif kepada kedua-duanya untuk bekerjasam­a.

Presiden SUPP Datuk Dr Sim Kui Hian berkata, MoU yang ditandatan­gani dua parti majoriti Cina itu membolehka­n kedua-duanya bekerjasam­a serta ke arah mengembali­kan UPP kepada SUPP.

“Kita mahu menjadi lebih kuat dan menyokong Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menjadikan Sarawak kuat terutama dalam mendapatka­n hak kita yang terhakis di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Kita gembira dengan kedua-dua parti dapat bersama dan ini ke arah langkah UPP kembali kepada kita… tambahan mereka adalah dari SUPP sebelum ini yang menyumbang banyak kepada SUPP,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) antara SUPP dan UPP yang disaksikan Abang Johari di Ibu Pejabat PBB di sini, semalam.

Dr Sim berkata, keduadua parti (SUPP dan UPP) perlu bekerjasam­a dengan semangat BN untuk memperjuan­gkan autonomi kewangan negeri.

“Ini dengan memastikan negeri dapat mencapai presta- si cemerlang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti,” tegasnya.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan itu berkata, bagi calon parti juga sehingga kini masih belum diputuskan.

Sementara itu Presiden UPP Dato Sri Wong Soon Koh berkata, MoU itu adalah sebagai permulaan untuk bersatu semula.

“Sentiasa bersama adalah kemajuan dan bekerjasam­a adalah kejayaan,” katanya ringkas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia