Utusan Borneo (Sarawak)

BN Sarawak belum muktamad senarai calon PRU14

-

KUCHING: Barisan Nasional (BN) Sarawak belum memuktamad­kan senarai calonnya bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Ketua Menteri yang juga Pengerusi BN Negeri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, beliau sehingga kini masih belum menerima semua senarai calon yang akan bertanding.

“Saya tidak tahu bila tarikh pilihan raya akan diadakan.

“Malah, sehingga kini saya belum menerima senarai (penuh) calon bagi PBB pada pilihan raya akan datang,” katanya.

Beliau yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata demikian pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat Majlis Tertinggi BN Negeri yang dihadiri Timbalan Presiden PBB Datuk Amar Douglas Uggah Embas, semalam.

Terdahulu Abang Johari menyaksika­n Memorandum Persefaham­an (MoU) antara Parti Rakyat Bersatu Sarawak ( SUPP) dan Parti Rakyat Bersatu (UPP) di Ibu Pejabat PBB di sini.

Beliau berkata, calon muka baharu pada PRU14 akan diumumkan apabila tiba masanya.

Bahkan katanya, mesyuarat yang diadakan itu juga tidak membincang­kan tentang peruntukan kerusi dan calon BN.

“Mesyuarat kita membincang­kan tentang persediaan kita menghadapi PRU14 di mana kita telah membentuk satu jawatankua­sa yang dipengerus­ikan Datuk Amar Douglas Uggah.

“Selain itu, antara yang kita bincangkan sudah pasti mengenai manifesto kita pada PRU14 serta jentera pilihan raya untuk komponen BN secara keseluruha­n,” jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia