Utusan Borneo (Sarawak)

Kesemua 82 kawasan DUN di Sarawak akan memiliki pasukan CERT

-

KUCHING: Program Pasukan Tindakan Kecemasan Komuniti ( CERT) akan diperluask­an ke semua 82 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini.

Pengarah Unit Keselamata­n dan Penguatkua­saan Negeri (UKPN) Dato Dr Chai Khin Chung berkata, sejak diperkenal­kan pada 2010, sebanyak 33 pasukan CERT telah ditubuhkan sehingga 2017 melibatkan seramai 4,450 peserta.

Bermula pada 2015 katanya, pihak Petronas telah menjadi penaja tunggal program CERT Sarawak melalui inisiatif tanggungja­wab sosial korporat (CSR) dengan peruntukan RM5 juta bagi tempoh lima tahun sehingga 2019.

“Tahun ini, kita telah merancang untuk mengadakan sebanyak lapan program CERT dengan lima program latihan semula dijangka diadakan bermula April ini.

“Kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti untuk diadakan program CERT ini ialah Debak, Kabong, Pakan, Kapit, Simunjan, Matu, Tatau dan Beluru, manakala program latihan semula akan diadakan di Sebuyau, Belawai, Kampung Saeh Niah, Siniawan dan Engkilili,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Pam Pemadam Api Mudah Alih kepasa 15 pasukan CERT di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri di sini semalam.

Simbolik penyerahan pam tersebut disempurna­kan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan turut dihadiri Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Nor Hisham Mohammad dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia LNG Sdn Pau Kiew Huai turut hadir pada majlis tersebut.

Pasukan CERT yang menerima pam tersebut adalah dari Batu Kawa, Simpok, Senah Rayang, Bunan Gega, Buntal, Sebuyau, Tanjung Engkabang, Engkilili, Debak, Sungai Jih, Kemunting, Jepak, Belaga, Nanga Medamit dan Long Sukang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia