Utusan Borneo (Sarawak)

30 pelajar ikuti Program ‘Night at the Museum’ di Muzium Islam

-

KUCHING: Jabatan Muzium Sarawak mengimbau kembali kegemilang­an filem ‘Night at the Museum’ pada 2006 dengan mengadakan program bersama 30 pelajar sekolah menengah di sini.

Pengarah Jabatan Muzium Sarawak Ipoi Datan berkata, para pelajar terbabit akan bermalam selama dua malam di Muzium Islam di sini bermula semalam.

“Para pelajar dari kawasan Kuching bersama 12 guru pengiring mereka akan bermalam untuk mengenali kewujudan Muzium Islam ini.

“Sebelum ini program sama pernah kita adakan buat pertama kali di Muzium Tun Abdul Razak pada 2010 dan tapak Muzium Islam ini dahulunya merupakan Madrasah Melayu.

“Seperti yang kita maklum, muzium merupakan lubuk sejarah yang menyimpan pelbagai sejarah berkaitan dengan kebudayaan, kehidupan harian manusia, kraf tangan dan sebagainya untuk diterokai oleh pelajar,” katanya ketika berucap merasmikan Program ‘ Night at the Museum’di Muzium Islam di sini, semalam.

Menurut beliau, program itu mampu memupuk kesedaran masyarakat akan kepentinga­n mengkaji, memahami dan menjaga sejarah.

“Ia juga berupaya memberi pendedahan dan pengenalan kepada peserta berkenaan dengan kepelbagai­an sumber maklumat sejarah daripada pelbagai sumber bahan dan artifak.

“Selain itu, ia mendekatka­n masyarakat dengan muzium terutama generasi muda yang bakal mewarisi dan menjaga sejarah serta budaya bangsa,” katanya.

 ??  ?? PENGALAMAN MENARIK: Ipoi (tengah depan) bergambar bersama para peserta Program ‘Night at the Museum’ di Muzium Islam, Kuching semalam.
PENGALAMAN MENARIK: Ipoi (tengah depan) bergambar bersama para peserta Program ‘Night at the Museum’ di Muzium Islam, Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia