Utusan Borneo (Sarawak)

Ia adalah sebahagian daripada usaha untuk menyambung tenaga elektrik di Borneo menerusi Grid Borneo: Sharbini

- Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Sarawak Energy Berhad (SEB) sedang dalam perancanga­n untuk mengekspor­t tenaga elektrik ke Sabah.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SEB Sharbini Suhaili berkata, ia adalah sebahagian daripada usaha pihaknya untuk menyambung tenaga elektrik di Borneo menerusi Grid Borneo.

Bagaimanap­un katanya, projek eksport bekalan elektrik ke Sabah masih dalam peringkat rundingan dengan sasaran untuk menandatan­gani perjanjian pada tahun ini.

“Kita (SEB) sedang berbincang dengan Sabah untuk memuktamad­kan perkara ini termasuk tarif harga elektrik atas persetujua­n bersama.

“Namun demikian, perkara ini akan diumumkan selepas keputusan muktamad kita dengan negeri itu,” ujarnya sambil menambah SEB sudah

Kita (SEB) sedang berbincang dengan Sabah untuk memuktamad­kan perkara ini termasuk tarif harga elektrik atas persetujua­n bersama. Sharbini Suhaili Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SEB

mengekspor­t tenaga elektrik ke Kalimantan Barat sejak 2016.

Beliau berkata demikian pada Majlis Kemas Kini Perniagaan SEB 2018 Bersama Media di Bangunan SEB di sini, semalam.

Sharbini berkata, pihaknya juga merancang untuk mengadakan perbincang­an perkara sama dengan Negara Brunei Darussalam agar dapat dimasukkan dalam pelan perancanga­n masa depan.

“Visi kita adalah untuk menghubung­kan grid seluruh negeri dan penempatan semula kuasa sama seperti yang berlaku di Eropah di mana bekalan tenaga elektrik boleh pergi dua hala, seterusnya margin sumber setiap negeri dikongsika­n,” ujarnya

Menurutnya, usaha itu adalah sejajar dengan matlamat SEB untuk menjadi pembekal utama tenaga elektrik ke seluruh rantau Kepulauan Borneo.

Mengenai cita-cita serantau SEB di Myanmar pula, Sharbini berkata, pihaknya melihat kepada potensi peluang pembanguna­n projek hidro di negara itu pada masa akan datang.

“Untuk Myanmar, kita melihat ada potensi untuk pembanguna­n hidro di sana tetapi ia bukan dalam masa terdekat.

“Tetapi untuk tahun-tahun akan datang, kita akan memfokus kepada pembanguna­n hidro di Kalimantan, Indonesia kerana ia terletak berdekatan dengan Sarawak,” katanya.

Sharbini turut memaklumka­n SEB komited untuk memastikan seluruh kawasan Sarawak mempunyai bekalan elektrik menjelang 2025.

“Setakat 2017, liputan domestik negeri adalah 95 peratus manakala liputan di luar bandar adalah 90 pera- tus,” katanya.

Berhubung pembanguna­n hidrogen dan teknologi sel bahan api Sharbini berkata, pihaknya sedang bekerja keras untuk menyediaka­n fasitiliti itu terlebih dahulu.

“Kita sudah menjana hidrogen di loji kuasa di Sejingkat untuk menyejukka­n turbin tetapi untuk digunakan bagi pengangkut­an ia adalah sesuatu yang berbeza.

“Jadi kita perlu bekerja lebih rapat dengan pihak berkuasa berkaitan termasuk Jabatan Pengangkut­an Jalan, Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) serta kerajaan negeri,” katanya.

 ??  ?? TERUS MAJU: Sharbini merakamkan gambar kenangan bersama media selepas Majlis Sesi Kemas Kini Perniagaan SEB 2018 Bersama Media di Bangunan SEB di Kuching, semalam.
TERUS MAJU: Sharbini merakamkan gambar kenangan bersama media selepas Majlis Sesi Kemas Kini Perniagaan SEB 2018 Bersama Media di Bangunan SEB di Kuching, semalam.
 ??  ?? UNTUK ALBUM: Pegawai dan anggota APM Miri bergambar berkumpula­n selepas berakhirny­a majlis semalam.
UNTUK ALBUM: Pegawai dan anggota APM Miri bergambar berkumpula­n selepas berakhirny­a majlis semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia