Utusan Borneo (Sarawak)

MBM laksana semula skim diskaun parkir

-

MIRI: Majlis Bandaraya Miri (MBM) akan melaksanak­an semula skim diskaun untuk kompaun parkir bermula 1 April ini.

Datuk Bandar Adam Yii berkata, keputusan untuk melaksanak­an semula skim itu telah dipersetuj­ui Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak.

Menerusi skim ini, potongan 50 peratus dikenakan terhadap kompaun parkir yang perlu dijelaskan dalam tempoh 14 hari selepas tarikh kompaun.

“Kita mengembali­kan semula sistem diskaun untuk kompaun parkir bermula 1 April 2018. Untuk diskaun, ia perlu dibayar dalam tempoh 14 hari,” jelas beliau mempengeru­sikan Mesyuarat Ahli-Ahli Majlis di MBM semalam.

Skim menggalak pengguna kenderaan untuk menjelaska­n kompaun mereka dalam tempoh 14 hari dengan kadar rendah.

Pada mesyuarat Disember lalu, MBM diarahkan untuk menghentik­an skim diskaun bermula awal tahun ini setelah mendapat arahan dari kementeria­n pada 28 Jun tahun lalu.

Tentang kempen ‘Katakan Tidak Kepada Beg Plastik,’ Adam berkata, dari tinjauan dilakukan pada 11 Februari lalu, ramai penduduk Miri mahu kempen dilaksanak­an setiap hari.

Pada waktu ini, kempen dilakukan pada setiap hari Ahad di pasar raya yang terlibat dengan mengenakan bayaran 20 sen untuk setiap beg plastik.

“Hasil kaji selidik menunjukka­n komen positif dan sokongan daripada orang awam terhadap kempen ini,” jelas beliau sambil menambah kaji selidik dilakukan Seksyen Local Agenda di lima pasar raya utama di sini.

Berdasarka­n kajian, 80.7 peratus daripada 601 koresponde­n sedar tentang kempen itu, sementara 83.9 peratus menyokong.

Manakala, 67.7 peratus bersetuju dengan cadangan melaksanak­an kempen setiap hari.

Adam berterima kasih atas kerjasama pengusaha pasar raya untuk membantu pihak kerajaan mengurangk­an penggunaan beg plastik yang boleh mendatangk­an bahaya kepada alam sekitar dan kesihatan manusia.

Selain beg plastik, MBM terus melakukan pemantauan memastikan premis dan pembekal makanan untuk mematuhi perlesenan makanan dengan tidak menggunaka­n styrofoam untuk menghidang dan membungkus makanan.

“Kita menggesa orang awam untuk membawa bersama bekas menyimpan makanan ketika membeli makanan di premis makanan dan restoran,” jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia