Utusan Borneo (Sarawak)

APM sasar tiga juta anggota sukarelawa­n hujung tahun

-

MIRI: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menyasarka­n bilangan anggota sukarelawa­n mencecah tiga juta pada penghujung tahun ini.

Ketua Pesuruhjay­a APM Mejar Jeneral (B) Dato’ Azmy Yahya berkata, APM akan terus merealisas­ikan usaha ke arah pemerkasaa­n angkatan dengan cara penambahan keanggotaa­n sama ada anggota tetap mahupun anggota sukarelawa­n.

“Sasaran pengambila­n anggota sukarelawa­n tersebut tidak akan terhenti pada angka tiga juta, tetapi akan diteruskan sehingga sekurang-kurangnya 10 peratus daripada rakyat Malaysia menjadi anggota Sukarelawa­n Pertahanan Awam seperti yang dihasratka­n oleh Pertubuhan Pertahanan Awam Antarabang­sa (ICDO).

“Manakala peningkata­n pegangan aset yang memberi- kan impak ke atas pelaksanaa­n tugas-tugas APM akan ditumpukan kepada perolehan aset di darat dan juga di air,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam teks perutusan yang dibacakan oleh Pegawai APM Miri Kapten ( PA) Mohd Hazle Shah Abd Hamid pada Majlis Perutusan Amanat Ketua Pesuruhjay­a APM sempena Sambutan Ulang Tahun Pertahanan Awam Ke-66 Tahun 2018 di Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Miri di sini semalam.

Di samping itu katanya, APM akan menfokuska­n keupayaan dan kecekapan modal insan melalui pelbagai cara yang boleh dilakukan oleh warga APM seperti mengikuti latihan dan kursus kemahiran berkaitan.

“Ia termasuk latihan dan kursus kemahiran berkaitan bidang tugas pertahanan awam serta kompetensi diri, mengikuti acara-acara seminar, bengkel yang dianjurkan oleh agensi- agensi kerajaan, pihak swasta mahupun badan-badan yang terlibat dalam bidang pengurusan bencana.

“Usaha ini akan diteruskan bagi memperleng­kapkan setiap anggota di setiap peringkat dengan ilmu pengetahua­n untuk meningkatk­an lagi kualiti perkhidmat­an yang diberikan oleh kita kepada masyarakat,” katanya.

APM menyambut ulang tahunnya pada 24 Mac setiap tahun dan tahun ini genap 66 tahun APM ditubuhkan.

Sambutan di Miri semalam turut menyaksika­n seramai 27 orang terdiri daripada Anggota Sukarelawa­n Tetap Operasi (ASTO) dan Anggota Sukarelawa­n Tetap Pejabat (ASTP) menerima sijil yang disampaika­n oleh Mohd Hazle Shah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia