Utusan Borneo (Sarawak)

Perancanga­n mampan, keunikan landskap dan kawasan luas ciri-ciri berpotensi sebagai ‘desa ilmu’ untuk bahagian Sibu

- Oleh Watt Zacchaeus

SIBU: Sibu Jaya lokasi strategik untuk mendirikan kampus-kampus pengajian tinggi.

Ini diakui oleh seorang profesor pelawat dari Jepun, Profesor Yokihito Hayakawa ketika melawat Sibu Jaya pada Rabu lepas sekali gus tertarik dengan perancanga­n dan susunan bandar tersebut.

Beliau ke sini atas undangan Junior Chamber Internatio­nal (JCI) Seduan untuk menghadiri sidang media berkenaan program Ten Outstandin­g Young Malaysian 2018 pada hari berkenaan.

Yokihito meluangkan masa selama dua jam melawat sekitar Sibu Jaya sambil diiringi bekas Presiden JCI Seduan Wong Teck Ung dan Pengurus Kanan Distrepark Sdn Bhd Eddy Puah.

Distrepark Sdn Bhd merupakan syarikat pemaju Sibu Jaya.

Beliau yang bukan asing kepada Malaysia kerap membuat kunjungan sejak 1994, mengkhusus dalam bidang sains insurans dan juga kajian perniagaan yang berkaitan dengan perdagan- gan antarabang­sa.

Beliau turut bekerjasam­a dengan beberapa kolej dan universiti terkenal di Malaysia selama beberapa tahun.

“Sibu Jaya berpotensi sebagai ‘desa ilmu’ bagi bahagi- an Sibu untuk mendirikan kampus- kampus pengajian tinggi.

“Keunikan landskap bandar ini yang mempunyai kawasan luas turut berperanan penting untuk tujuan tersebut.

“Bagaimanap­un, ia terpulang kepada pihak yang bertanggun­gjawab untuk melihat apa yang saya nampak ini,” katanya kepada pemberita, petang kelmarin.

Menurutnya, gambaran yang diberikann­ya itu tidaklah menekankan sebuah kampus yang mewah, malah boleh dilaksanak­an dengan kemampuan mengikut pelan pemaju yang ingin mencuba untuk melabur dalam sektor pendidikan di Sibu Jaya.

“Sibu Jaya amat berpotensi untuk itu. Dan, sebaik sahaja anda melihat pelan pembanguna­n keseluruha­nnya, anda boleh melihat bagaimana keperluan penduduk di bandar ini,” katanya yang turut menghadiri taklimat dengan pihak pemaju Sibu Jaya.

Yokihito berkata, beliau mempunyai ramai rakan di Sibu hasil pembabitan­nya dalam JCI yang membolehka­nnya sering berkunjung ke sini sambil ditemani rakan-rakannya.

“Saya telah diminta oleh Presiden JCI Seduan Eddy Puah untuk melihat bagaimana sistem perbandara­n ini dapat memposisik­an dirinya sebagai hab pendidikan,” katanya lagi.

 ??  ?? BERTEMU SEMULA: Bekas kakitangan Jabatan Penerbanga­n Awam Malaysia Bahagian Keselamata­n merakamkan kenangan pada majlis tersebut.
BERTEMU SEMULA: Bekas kakitangan Jabatan Penerbanga­n Awam Malaysia Bahagian Keselamata­n merakamkan kenangan pada majlis tersebut.
 ??  ?? TERBAIK: (Dari kiri) Yokihito, Puah dan Wong semasa menikmati ‘roti tisu’ ketika berkunjung ke Sibu Jaya, petang kelmarin.
TERBAIK: (Dari kiri) Yokihito, Puah dan Wong semasa menikmati ‘roti tisu’ ketika berkunjung ke Sibu Jaya, petang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia