Utusan Borneo (Sarawak)

Peringatan terakhir buka struktur sangkar ayam, ternakan: MDLBS

-

SIBU: Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) barubaru ini mengeluark­an notis peringatan terakhir kepada penduduk Sibu Jaya yang memelihara ayam dan ternakan lain di kawasan kediaman mereka.

Pengerusi MDLBS Sempurai Petrus Ngelai berkata, pihaknya menuntut supaya penduduk berkenaan membuka struktur sangkar ayam serta ternakan yang lain.

Katanya, anggota penguat kuasa MDLBS dari Seksyen Kesihatan Awam yang diketuai David Houng dan Mohamad Zulkipli Midu Alli juga telah melakukan kunjungan untuk membuat pemeriksaa­n.

“Kunjungan ini bertujuan untuk mengingatk­an mereka supaya membuka kembali sangkar ayam dan ternakan lain.

“Pihak majlis juga akan mengadakan operasi bulan depan bagi menghapusk­an struktur haram terutama yang didirikan di lorong depan dan belakang rumah.

“Operasi tersebut akan dikendalik­an oleh anggota penguat kuasa dari Seksyen Kesihatan Awam MDLBS serta polis Sibu Jaya,” ka- tanya semasa dihubungi kelmarin.

Menurut Sempurai, keadaan kotor di lorong-lorong depan dan belakang rumah bukan sahaja mencacatka­n pemandanga­n, malah menjadi tempat pembiakan nyamuk dan lalat.

Keadaan ini katanya, jika tidak dibersihka­n segera akan membahayak­an kesihatan penduduk.

Justeru, beliau berharap penduduk akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada MDLBS termasuk menyalurka­n maklumat.

“MDLBS memohon ker- jasama semua pihak termasuk membuat aduan sekiranya masih ada penduduk yang menternak ayam atau ternakan lain di kediaman mereka,” jelas beliau.

Pun begitu katanya, MDLBS membenarka­n orang ramai menyimpan sementara ternakan mereka tidak melebihi lima ekor untuk kegunaan tertentu seperti perayaan.

Katanya, penduduk bagaimanap­un perlu mendapatka­n kebenaran bertulis daripada pihak majlis melalui Seksyen Kesihatan Awam dan pemeriksaa­n kesihatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia