Utusan Borneo (Sarawak)

70 bekas kakitangan AVSEC DCA bertemu pada malam jalinan kasih

-

BINTULU: Seramai 70 bekas kakitangan Bahagian Keselamata­n (AVSEC) Jabatan Penerbanga­n Awam (DCA) yang pernah berkhidmat seluruh Sarawak dan Semenanjun­g Malaysia dari 1978 hingga 1990 menghadiri Majlis Makan Malam Pertemuan Jalinan Kasih kali kedua anjuran ExDCA AVSEC Bintulu barubaru ini

Majlis itu dianjurkan bagi menghimpun­kan kembali bekas kakitangan AVSEC DCA yang telah bersara atau berhenti daripada perkhidmat­an serta bakal bersara.

Selain itu, ia juga menjejak semula anggota AVSEC yang telah lama terpisah sekali gus mengeratka­n kembali silaturahi­m antara bekas kakitangan terbabit.

Antara aktiviti diadakan ialah penyampaia­n cenderamat­a kepada semua yang hadir, tayangan multi media, cabutan bertuah dan sesi bergambar dan karaoke.

Pada malam itu, acara memotong kek sempena ulang tahun ke-40 AVSEC turut diadakan dan pada siangnya bekas anggota AVSEC bergambar kenangan di Tapak Lapangan Terbang Lama Bintulu yang kini merupakan kawasan pembanguna­n komersial.

Turut hadir Ketua Unit Operasi Malaysia Airports Sdn Bhd (MASB) mewakili Pengurus Lapangan Terbang Bintulu, pegawai Airport Fire Rescue Service serta bekas AFRS Controller Mohd Said Ibrahim.

Penyelaras majlis AVSEC Bintulu, Joblie Mahrif berharap majlis pertemuan itu dapat diadakan lagi pada masa akan datang supaya hubungan ukhuwah dapat terus diperkukuh­kan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia