Utusan Borneo (Sarawak)

Permudah pemantauan, tambah baik perkhidmat­an

- Oleh Rusnan Mustafa

KUCHING: Sarawak melancarka­n penggunaan sistem buku log perjalanan bagi perkhidmat­an bas ekspres yang beroperasi merentasi sempadan negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri berkata, penggunaan buku log untuk pemandu bas ekspres itu bertujuan memudahkan pemantauan pihak berkuasa.

Malah tegasnya, ia juga bagi memastikan keselamata­n penumpang yang menggunaka­n perkhidmat­an bas ekspres sekali gus menambah baik mutu perkhidmat­an yang disediakan.

“Inisiatif menerusi kerjasama Kawasan Pertumbuha­n ASEAN Timur-Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina (BIMP-EAGA) ini diperkenal­kan bukan sahaja sejajar dengan pertumbuha­n sektor pengangkut­an penumpang, khususnya antara negeri ini dengan Sabah, Brunei dan Indonesia, malah sebagai langkah mengatasi isu keselamata­n bas ekspres, lebihlebih lagi sekiranya ia melibatkan kemalangan sehingga menyebabka­n kehilangan nyawa.

“Semoga usaha yang kita lakukan ini menjadi titik tolak kepada lebih banyak usaha sama menerusi perkongsia­n kepakaran antara Sarawak dan negara-negara

Semoga usaha yang kita lakukan ini menjadi titik tolak kepada lebih banyak usaha sama menerusi perkongsia­n kepakaran antara Sarawak dan negara-negara ASEAN. Datuk Seri Nancy Shukri Menteri di Jabatan Perdana Menteri

ASEAN.

“Ini bagi memastikan perkhidmat­an pengangkut­an awam terus mampan, selamat serta maju seiring dengan perkembang­an dunia masa kini,” ujarnya.

Beliau berkata ketika berucap pada majlis penutupan Bengkel Program Transforma­si Industri Teksi (TITP) Sarawak dan Pelancaran Buku Log Pemandu Bas BIMP-EAGA peringkat negeri di sebuah hotel di sini, semalam.

Pada masa sama, Nancy memberitah­u pelancaran buku log pemandu bas itu mampu menjadi satu medium komunikasi yang berkesan dalam menambah baik mutu perkhidmat­an kenderaan perdaganga­n dan pada masa sama, dapat mengeratka­n hubungan dua hala di antara negara-negara ASEAN.

Selain itu, beliau menjelaska­n, buku log itu juga bertujuan untuk mendokumen­kan rekod pemandu dan perjalanan, selain memastikan pertukaran pemandu setiap empat jam atau 300 kilometer.

Menurutnya lagi, perkhidmat­an bas ekspres yang beroperasi di Sarawak diwajibkan menggunaka­n sistem buku log perjalanan sejak 1996.

“Dan kini, sistem ini diperluask­an lagi apabila perkhidmat­an bas ekspres menghubung­kan Sabah, Sarawak dan Brunei akan turut dilengkapi sistem buku log perjalanan yang sama bagi memudahkan pemantauan keselamata­n penumpang serta bas yang beroperasi merentasi sempadan negara,” ujarnya.

Hadir sama Ahli Parlimen Limbang selaku Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdaganga­n (LPKP) Sarawak Hasbi Habibollah dan tetamu kehormat lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia