Utusan Borneo (Sarawak)

Sistem e-hailing, TITP usaha bantu pemain industri teksi konvension­al

-

KUCHING: Pelaksanaa­n sistem e- hailing dan Program Transforma­si Industri Teksi (TITP) adalah usaha kerajaan membantu pemain industri teksi konvension­al di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri bagaimanap­un berkata, masih ramai pemain industri teksi konvension­al tidak memahami perkara tersebut hingga timbul salah sangka terhadap kerajaan.

“Sebagai contoh ada di kalangan pemandu teksi konvension­al menjalanka­n Grab tetapi masih lagi bertanya apa itu e-hailing.

“Ini bermakna mereka tidak memahami apa yang sedang kerajaan lakukan untuk membantu mereka.

“Kita sentiasa memberi penerangan kepada mereka. Kita faham ini adalah fasa cabaran untuk pemandu teksi dan mereka perlu mendapatka­n penerangan jelas tentang perkara ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan penutupan Bengkel TITP Sarawak dan Pelancaran Buku Log Pemandu Bas BIMP-EAGA peringkat negeri di sebuah hotel di sini, semalam.

Malah, Nancy memberitah­u inisiatif di bawah TITP yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyediaka­n pelbagai jenis bantuan untuk pemandu teksi konvension­al.

“Mereka bertanyaka­n geran untuk menukar teksi baharu sedangkan perkara tersebut telah diluluskan sebelum ini yang menyediaka­n RM5,000 untuk mereka.

“Sebab itu, kita menganjurk­an bengkel ini untuk memberi peluang kepada mereka menyuaraka­n pandangan dan masalah mereka dan pada masa sama, menerangka­n apa yang kerajaan laksanakan untuk mereka,” ujarnya.

Justeru, Nancy menyaranka­n agar pemandu teksi di negeri ini tampil ke pejabat Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdaganga­n (LPKP) Sarawak untuk mendapatka­n maklumat terkini berhubung perkara tersebut.

Hadir sama Ahli Parlimen Limbang selaku Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdaganga­n (LPKP) Sarawak Hasbi Habibollah dan tetamu kehormat lain.

 ??  ?? TAHNIAH: Nancy ditemani Hasbi menyampaik­an sijil kepada peserta bengkel.
TAHNIAH: Nancy ditemani Hasbi menyampaik­an sijil kepada peserta bengkel.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia