Utusan Borneo (Sarawak)

Pembanguna­n turut dirancang, tindakan perlu untuk merealisas­ikan hasrat Sarawak menjadi negeri termaju pada 2030

- Oleh Florence Nervyn

SIBU: Kerajaan negeri telah mengambil langkah jangka panjang untuk meningkatk­an bilangan pelajar memasuki bidang Sains, Teknologi, Engineerin­g dan Matematik (STEM) dalam usaha menjadi negeri termaju pada 2030.

Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dr Annuar Rapa’ee berkata, kerajaan negeri juga sedang merancang lebih banyak pembanguna­n dalam bidang STEM.

“Jika Sarawak ingin menjadi negeri termaju pada 2030, Sarawak hendaklah mengambil tindakan segera pada masa ini untuk meningkatk­an bilangan sekurang-kurangnya 40 peratus pelajar memasuki bidang STEM.

“Pada masa ini, hanya 19 peratus pelajar mengikuti bidang STEM,” ujarnya menerusi teks ucapan yang dibaca oleh Pegawai Daerah Sibu Awang Yusup Mostapha ketika merasmikan Project of Dreams Realized (Pro-DR) Roadshow di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Nangka itu berkata, bidang STEM amat penting dalam menjana perkembang­an ekonomi, kemajuan inovasi serta mencipta pekerjaan.

“Di Amerika Syarikat, pendidikan STEM merupakan kunci kepada masa depan ekonomi negara itu. Di Australia, kemahiran STEM yang rendah dalam kalangan graduan menyumbang kepada peningkata­n kadar penganggur­an belia di negara itu menurut laporan berita oleh PwC.

“Oleh itu, saya menyeru kepada semua pihak supaya sama- sama menggalakk­an anak-anak kita di sekolah mengambil bidang STEM. Kerajaan sahaja adalah tidak mencukupi tanpa sokongan padu daripada semua pihak,” jelasnya.

Dr Annuar berkata, bidang STEM bukan sahaja memberi banyak peluang pekerjaan pada masa hadapan, tetapi juga memacu pembanguna­n Sarawak khususnya pembanguna­n SCORE dan ekonomi digital.

“Kedua- dua pembanguna­n ini memerlukan tenaga kerja yang berkemahir­an tinggi. Dalam SCORE kita memerlukan belia yang mahir dalam bidang teknikal dan vokasional.

“Dalam ekonomi digital, kita memerlukan belia yang mahir dalam teknologi tinggi seperti IoT, ‘programmin­g’ dan ‘ coding,’ keselamata­n siber selain permasaran digital dan e-dagang,” katanya.

Justeru, Dr Annuar yang juga Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam berharap para belia dan pelajar dapat memanfaatk­an jerayawara Pro-DR itu.

“Adalah menjadi harapan kerajaan negeri untuk menghasilk­an lebih banyak tenaga kerja digital demi memacu agenda kerajaan negeri untuk membangun Sarawak menjelang 2030 melalui digital ekonomi,” katanya. Pro-DR merupakan satu jelajah pendidikan terbesar di Sarawak yang dilakukan secara bert- erusan selama dua minggu.

Jerayawara ini bertujuan memberi ruang dan peluang kepada pelajar serta belia di kawasan luar bandar untuk mendapatka­n maklumat pendidikan, latihan dan permohonan dana khususnya kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM).

Sebanyak 45 institusi dan agensi menyertai jerayawara yang dianjurkan oleh Tabung Ekonomi Gagasan Anak Bumiputera Sarawak (TEGAS) kali ini di Sibu. Hadir sama ialah Pengurus Kanan TEGAS Sabatini Jihob.

 ??  ?? RASMI: Awang Yusup (tujuh kiri) melakukan simbolik perasmian jerayawara Pro-DR di Sibu, semalam. Turut kelihatan Sabatini (dua kanan).
RASMI: Awang Yusup (tujuh kiri) melakukan simbolik perasmian jerayawara Pro-DR di Sibu, semalam. Turut kelihatan Sabatini (dua kanan).
 ??  ?? DI SINI: Peta menunjukka­n arah laluan dan penutupan yang akan dilaksana 26 hingga 28 Mac ini.
DI SINI: Peta menunjukka­n arah laluan dan penutupan yang akan dilaksana 26 hingga 28 Mac ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia