Utusan Borneo (Sarawak)

BR1M inisiatif ringankan beban rakyat berpendapa­tan rendah

-

SARIKEI: Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) merupakan inisiatif kerajaan untuk meringanka­n beban rakyat berpendapa­tan rendah, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok Dato Sri Huang Tiong Sii.

Beliau berkata, ia juga bertujuan mengimbang­i kos sara hidup yang meningkat.

“Di bahagian Sarikei, seramai 1,000 penerima menerima baucar BR1M mengikut kategori pada hari ini (semalam).

“Manakala, seramai 474 penerima menerima baucar sebanyak RM450, 523 menerima baucar sebanyak RM400 dan tiga orang menerima baucar sebanyak RM300.

“Kita dimaklumka­n pada majlis kali ini, seramai 647 penerima adalah dari Sarikei, manakala 353 penerima beralamat di luar daerah Sarikei,” kata Huang.

Beliau berkata demikian pada ucapan perasmian Majlis Penyerahan Baucar BR1M Daerah Sarikei 2018 yang berlangsun­g di Dewan Sri Nyelong di sini, semalam.

Program itu dianjurkan Pejabat Daerah Sarikei dan dihadiri lebih 1,000 orang.

Dalam ucapannya, Huang menyeru para penerima agar memanfaat bantuan sebaik mungkin. Menurut Huang, inisiatif ini turut membuktika­n komitmen kerajaan Barisan Nasional (BN) yang benar-benar berusaha membantu rakyat agar sama-sama menikmati pembanguna­n yang dikecapi.

“Kita yakin rakyat akan terus menikmati pelbagai kemudahan lain sekiranya kerajaan BN terus diberi mandat dan kepercayaa­n untuk memimpin negara ini,” tegas Huang.

Sementara itu, Pemangku Pegawai Daerah Sarikei Badjuri Bidin dalam ucapan alualuanny­a berharap dengan BR1M yang disalurkan ia mampu meringanka­n beban penerima.

“BR1M ini adalah bantuan terus daripada kerajaan ke- pada rakyat.

Kerajaan sedar akan cabaran ekonomi pada masa kini, justeru BR1M merupakan sebahagian daripada perancanga­n untuk memastikan beban yang ditanggung oleh rakyat dapat diringanka­n,” katanya.

Turut hadir Pengerusi Majlis Daerah Sarikei Wong Zee Ying serta beberapa ketua masyarakat dan kaum setempat.

 ??  ?? ALBUM: Eddie (duduk, empat kiri) merakamkan kenangan bersama kakitangan dan tetamu jemputan pada majlis itu.
ALBUM: Eddie (duduk, empat kiri) merakamkan kenangan bersama kakitangan dan tetamu jemputan pada majlis itu.
 ??  ?? BANTUAN KERAJAAN: Huang mengagihan baucar BR1M kepada para penerima pada majlis tersebut.
BANTUAN KERAJAAN: Huang mengagihan baucar BR1M kepada para penerima pada majlis tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia