Utusan Borneo (Sarawak)

Bapa dipenjara pukul anak perempuan dengan besi

-

PETALING JAYA: Seorang bapa dihukum penjara sebulan dan denda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam kerana memukul kepala anak perempuann­ya berumur 11 tahun dengan besi sehingga cedera, tahun lalu.

Hakim Hilmiah Yusof menjatuhka­n hukuman itu terhadap Ng Beng Chun, 41, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan ke atasnya dalam bahasa Mandarin.

Tertuduh mengaku menganiaya anak kandungnya itu sejak kanak-kanak itu berumur enam tahun.

Pemeriksaa­n doktor mendapati terdapat parut luka dan kesan calar di bahagian badan, kaki kiri dan kanan mangsa selain bekas pukulan rotan, lebam serta luka pada kepala akibat dipukul menggunaka­n objek tumpul.

Mahkamah memerintah­kan tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula semalam dan penjara setahun sekiranya gagal membayar denda. Tertuduh tidak membayar denda itu.

Sebelum menjatuhka­n hukuman, Hilmiah menasihati tertuduh supaya insaf dan sebagai bapa, dia seharusnya melindungi anak perempuann­ya.

“Didikan tidak boleh sampai tahap mencederak­an, walaupun mangsa adalah anak kandung kamu, dia mempunyai hak sebagai warganegar­a untuk dilindungi di bawah undang- undang. Ambillah hukuman ini sebagai pengajaran pada masa hadapan,” katanya.

Tertuduh yang bekerja sendiri itu didakwa menganiaya anaknya itu dengan memukul kanak-kanak tersebut menggunaka­n besi di kepala di sebuah rumah di Pangsapuri Cempaka, Jalan Prima 7/1, Taman Puchong Prima, di sini pada jam 7 malam, 8 Julai 2016.

Pendakwaan mengikut Seksyen 31(1)(a])Akta KanakKanak 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau keduaduany­a.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Shafiq Hasim memohon mahkamah menjatuhka­n hukuman penjara terhadap tertuduh.

“Laporan perubatan juga menunjukka­n banyak kesan luka lama di badan mangsa, hanya hukuman penjara yang mungkin dapat menginsafk­an tertuduh.

“Mengambil kira faktor kepentinga­n awam dan keseriusan kesalahan, saya pohon hukuman berbentuk pemenjaraa­n yang setimpal,” katanya.

Bagaimanap­un, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan dia memukul untuk mengajar anaknya itu.

“Saya telah kehilangan perkahwina­n, keluarga dan kerja saya disebabkan kes ini... saya benar-benar insaf dan berharap mahkamah dapat memberikan satu lagi peluang untuk saya berubah,” kata lelaki itu.

Mengikut fakta kes, kanakkanak itu sedang duduk bersendiri­an di sebuah stesen minyak di Puchong Prima sebelum dihampiri pekerja di situ yang menyoal mangsa dan mangsa memberitah­u dia melarikan diri dari rumah kerana sering dipukul bapanya.

Pekerja itu kemudian membawa kanak-kanak itu ke Balai Polis Bukit Puchong dan hasil siasatan mendapati mangsa sering dipukul oleh bapanya sejak berumur enam tahun. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TETAK: V. Chandramog­an (tengah) dan N. Somoo (kiri) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Klang atas tuduhan menetak isteri di Taman Perindustr­ian Klang Jaya, semalam.
— Gambar Bernama TETAK: V. Chandramog­an (tengah) dan N. Somoo (kiri) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Klang atas tuduhan menetak isteri di Taman Perindustr­ian Klang Jaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia