Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas pengarah Genneva gagal dalam cubaan ketiga tangguh hukuman penjara

-

PUTRAJAYA: Empat bekas pengarah firma pelaburan emas Genneva Sdn Bhd (GSB) gagal dalam cubaan ketiga di Mahkamah Rayuan di sini untuk menangguhk­an pelaksanaa­n hukuman penjara lapan tahun mereka sementara menunggu pendengara­n permohonan semakan.

Empat lelaki terbabit - - Ng Poh Weng, 67; Datuk Marcus Yee Yuen Seng, 65; Chin Wai Leong, 41 dan Liew Chee Wah, 63 -- disabitkan atas pertuduhan pengubahan wang haram dan menerima deposit tanpa lesen sah melibatkan transaksi bernilai lebih RM200 juta.

Panel tiga hakim iaitu Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat, Datuk Umi Kalthum Abdul Majid dan Puan Sri Zaleha Yusof sebulat suara menolak permohonan mereka selepas memutuskan tidak ada keadaan khas bagi mahkamah untuk membenarka­n penangguha­n itu.

Tengku Maimun yang mempengeru­sikan sidang turut menolak permohonan mereka untuk dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu perosiding permohonan semakan terbabit.

Dalam keputusann­ya, Tengku Maimun berkata memandangk­an keempatemp­at lelaki berkenaan disabitkan dan dijatuhi hukuman oleh Mahkamah Rayuan, dan melainkan sabitan serta hukuman penjara mereka diketepika­n, perayu mesti menjalani hukuman itu.

Tengku Maimun menetapkan 24 April ini untuk mendengar permohonan semakan.

Pada 21 Feb lalu, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki mensabitka­n mereka terhadap 154 pertuduhan pengubahan wang haram dan empat dakwaan menerima deposit tanpa lesen sah serta menjatuhka­n hukuman penjara lapan tahun dan denda RM11 juta ke atas setiap mereka.

Mahkamah menjatuhka­n hukuman lima tahun penjara dan denda RM1 juta atau setahun penjara ke atas setiap tertuduh atas pertuduhan menerima deposit tanpa lesen sah dan penjara tiga tahun bagi pengubahan wang haram.

Panel hakim turut mensabitka­n GSB dengan lima pertuduhan menerima deposit daripada orang awam tanpa lesen sah dan mengenakan denda RM2 juta.

Keempat- empat lelaki terbabit kemudian memfailkan permohonan semakan di Mahkamah Rayuan dan memohon mendapatka­n penangguha­n pelaksanaa­n hukuman penjara selain dibebaskan dengan jaminan.

Cubaan pertama dan kedua mereka untuk mendapatka­n penangguha­n pelaksanaa­n hukuman penjara serta jaminan masing-masing ditolak oleh dua panel hakim Mahkamah Rayuan berbeza pada 22 dan 28 Feb tahun ini.

Peguam Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah dan Datuk Harpal Singh Grewal mewakili Chin sementara Ng dan Yee diwakili peguam Datuk Nicholas Kow dan peguam Keppy Wong bertindak bagi pihak Liew sementara pendakwaan dikendalik­an oleh Timbalan Pendakwa Raya Hamdan Hamzah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia