Utusan Borneo (Sarawak)

Pemandu lori tetak isteri mengaku tidak bersalah

-

PUTRAJAYA: Rayuan Kerajaan Negeri Selangor berhubung tindakanny­a memohon semakan semula kehakiman berkaitan cadangan Suruhanjay­a Pilihan Pilihan Raya (SPR) untuk melaksanak­an urusan penyempada­nan semula kawasan pilihan raya di negeri itu ditunda kepada Selasa ini berikutan satu permohonan supaya dua hakim menarik diri daripada mendengar rayuan itu.

Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh, yang mempengeru­sikan panel tiga anggota Mahkamah Rayuan yang turut dianggotai hakim-hakim Datuk Vernon Ong Lam Kiat dan Datuk Kamardin Hashim, berkata mereka akan menyerahka­n kepada Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin untuk memutuskan tentang pemilihan hakim bagi menganggot­ai panel itu.

Beliau kemudian menangguhk­an pendengara­n rayuan Kerajaan Negeri Selangor itu kepada 27 Mac.

Pemilihan anggota panel hakim Mahkamah Rayuan bagi mendengar kes sivil dan jenayah diputuskan oleh Presiden Mahkamah Rayuan.

Peguam Datuk Dr Cyrus Das, yang mewakili Kerajaan Negeri Selangor, memohon agar Hakim Mohd Zawawi dan Hakim Kamardin menarik diri daripada mendengar rayuan itu kerana mereka telah mendengar dan membuat keputusan tentang dua kes melibatkan perkara serupa sebelum ini.

Das mengemukak­an permohonan itu dengan alasan Hakim Mohd Zawawi dan Hakim Kamardin berkemungk­inan membuat keputusan terlebih dahulu tentang isu yang terdapat dalam rayuan berkenaan.

Hakim Mohd Zawawi dan Hakim Kamardin pernah menganggot­ai panel hakim Mahkamah Rayuan yang menolak rayuan yang dikemukaka­n dua Ahli Parlimen pembangkan­g dari Perak tahun lepas bagi mencabar urusan penyempada­nan semula kawasan pilihan raya oleh SPR.

Das berkata Hakim Mohd Zawawi juga mempengeru­sikan panel hakim Mahkamah Ray- uan pada 2015 yang mengubah keputusan Mahkamah Tinggi Kuching bagi membatalka­n notis SPR berhubung cadangan penyempada­nan semula kawasan pilihan raya di Sarawak.

Peguam Kanan Persekutua­n Alice Loke Yee Ching pula berkata tiada sebab bagi Hakim Mohd Zawawi dan Hakim Kamardin menarik diri daripada mendengar rayuan itu kerana persepsi bersikap berat sebelah bukan merupakan kriteria bagi penarikan diri mereka.

Pada 7 Dis tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengetepik­an permohonan semakan semula kehakiman oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi mencabar cadangan SPR melaksanak­an urusan penyempada­nan semula kawasan pilihan raya di negeri itu.

Kerajaan Negeri Selangor memfailkan semakan semula kehakiman pada 19 Okt tahun lepas dengan menamakan SPR, pengerusin­ya Tan Sri Mohd Hashim Abdullah dan setiausaha suruhanjay­a itu Datuk Abdul Ghani Salleh sebagai responden.

Dalam permohonan itu, Kerajaan Negeri Selangor memohon pengisytih­aran bahawa cadangan penyempada­nan semula kawasan pilihan raya berdasarka­n kajian SPR pada 2016, adalah bercanggah dengan Perlembaga­an. — Bernama KLANG: Seorang pemandu lori yang didakwa menetak isterinya dalam satu klip video yang tular pada 8 Mac lepas, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan cuba membunuh wanita berkenaan.

Tertuduh, N. Somoo, 38, dan rakannya, V. Chandaramo­gan, 42, seorang kelindan lori, membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam.

Kedua-dua lelaki tersebut didakwa bersama-sama dengan niat cuba membunuh R. Komathi, 43, dengan menetaknya menggunaka­n senjata parang di hadapan Kilang Flexi Components (KL) Sdn Bhd, di Taman Perindustr­ian Klang Jaya, di sini kira-kira jam 8 pagi, 8 Mac lepas.

Mereka didakwa menurut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntu­kkan hukuman sehingga 20 tahun penjara jika sabit kesalahan.

Peguam K. Nathiya yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon mahkamah menawarkan jaminan yang munasabah atas alasan kedua-duanya penanggung tunggal keluarga selain berjanji tertuduh tidak akan mengganggu mangsa.

Timbalan Pendakwa Raya Tan Chiew King bagaimanap­un memohon mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan kerana Komathi masih terlantar di hospital dan kes tersebut juga telah tular di media sosial.

Mahkamah tidak membenarka­n sebarang jaminan terhadap kedua-dua tertuduh dan menetapkan 23 April ini untuk sebutan semula kes.

Dalam kejadian pada 8 Mac itu, Komathi ditetak beberapa kali ketika diheret kedua-dua lelaki tersebut ke sebuah kereta menyebabka­n wanita tersebut cedera di kepala, kedua-dua kaki, pergelanga­n tangan kiri dan belakang badan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia