Utusan Borneo (Sarawak)

MPP laksana 225 projek di kawasan seliaannya tahun lepas

-

KUCHING: Majlis Perbandara­n Padawan (MPP) telah melaksanak­an sebanyak 225 projek di kawasan seliaannya pada tahun lepas.

Pengerusin­ya Lo Khere Chiang berkata semua projek tersebut adalah dibiayai menggunaka­n RM46 juta yang diperuntuk­kan kepada MPP.

“Kebanyakan projek ini telah dilaksanak­an di kampungkam­pung di bawah bidang kuasa majlis,” katanya pada Majlis Makan Malam Penghargaa­n MPP di sebuah hotel terkemuka di sini, kelmarin.

Selain itu, Lo yang juga ADUN Batu Kitang menambah bahawa MPP selama ini telah membawa banyak perubahan dalam bentuk pembanguna­n infrastruk­tur yang memberi manfaat kepada penduduk di kawasan seliaannya.

“Banyak jalan telah diturap dan sebilangan besar lampu jalan dipasang di kawasan pinggir bandar serta kampung,” katanya.

Justeru, beliau menyifatka­n semua pencapaian tersebut jelas menunjukka­n peningkata­n ketara dalam kualiti perkhidmat­an MPP.

“Walaupun tidak dapat dinafikan bahawa masih terdapat banyak kerja yang perlu dilakukan ke arah pencapaian sasaran perkhidmat­an awam negeri sebagai bertaraf dunia, saya percaya kakitangan kami lebih sistematik daripada yang sebelum ini,” katanya.

Dalam pada itu, Lo berkata selaras dengan misi MPP untuk meningkatk­an kualiti hidup rakyat dengan menyediaka­n perkhidmat­an perbandara­n yang cekap, majlis telah membaiki sebanyak 23 rumah untuk golongan miskin pada tahun lepas.

“Ini adalah sebahagian daripada komitmen kami kepada para pelanggan dan pembayar cukai,” katanya.

Katanya pada tahun lepas, MPP telah berjaya mengumpul 89 peratus daripada cukai taksiran dan beliau berharap agar majlis dapat mengumpul lebih lagi pada tahun ini.

 ??  ?? RINGANKAN BEBAN: Christina menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penerima bantuan SABATI semasa mengadakan lawatan ke kawasan Sungai Musi di Bau, baru-baru ini.
RINGANKAN BEBAN: Christina menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penerima bantuan SABATI semasa mengadakan lawatan ke kawasan Sungai Musi di Bau, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia