Utusan Borneo (Sarawak)

Ia penting untuk meningkatk­an prestasi Sarawak khasnya dalam BI, Sains dan Matematik, kata Ahmad

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) harus menstruktu­r semula penempatan guruguru di Sarawak khasnya guru opsyen Bahasa Inggeris (BI), Sains dan Matematik.

Presiden Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) Ahmad Malie berkata, ia bagi menampung keperluan di negeri ini seperti mana yang disuarakan Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong.

“Kesatuan menyokong sepenuhnya kenyataan menteri berhubung isu kekurangan guru terlatih bagi tiga subjek iaitu BI, Sains dan Matematik di negeri ini sehingga mempengaru­hi keputusan peperiksaa­n awam di Sarawak.

“Di peringkat KPM, KGBS sering mengemukak­an isu kekurangan guru-guru subjek berkenaan di Sarawak semasa bermesyuar­at dengan pihak kementeria­n.

“Namun, ironinya jawapan diberi ialah semua kuota guru ini telah penuh mengikut opsyen. KPM memaklumka­n apa yang menyebabka­n isu ini timbul ialah isu penempatan,” katanya kepada Utusan Borneo di sini, semalam.

Sehubungan itu kata Ahmad, KPM perlu menstruktu­r semula penempatan guru-guru khususnya opsyen BI, Sains dan Matematik di Sarawak.

Kesatuan ujarnya, mengharapk­an agar usaha dapat direalisas­ikan oleh KPM kerana masalah bukan kekurangan guru berkenaan, tetapi isunya adalah penempatan guru terbabit.

“Dengan melaksanak­an penempatan semula guruguru subjek ini, KGBS yakin dan percaya isu kekurangan guru opsyen BI, Sains dan Matematik di Sarawak dapat ditangani dengan lebih profesiona­l,” tegasnya.

Pada masa sama, Ahmad berkata, KGBS menyambut baik serta menyokong sepenuhnya inisiatif Kementeria­n Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi yang sanggup menawarkan manamana pesara guru yang pakar dalam subjek BI, Sains dan Matematik.

Katanya, pesara guru atau pakar guru berkenaan akan dibayar gaji harian atau bulanan untuk melatih guruguru yang mengajar tiga subjek terbabit.

“Ini membuktika­n bahawa kerajaan negeri sememangny­a mengambil berat serta menaruh komitmen tinggi terhadap penguasaan anakanak didik Sarawak dalam ketiga-tiga subjek itu.

“Bagi pesara guru yang mempunyai kriteria seperti dihasratka­n, KGBS menggesa agar mereka tampil kepada menteri kita,” katanya.

Namun, ironinya jawapan diberi ialah semua kuota guru ini telah penuh mengikut opsyen. KPM memaklumka­n apa yang menyebabka­n isu ini timbul

penempatan. ” ialah isu Ahmad Malie Presiden KGBS

 ??  ?? PELAWAAN: Chieng (duduk, tiga kanan) ketika sidang media mengenai Anugerah Belia Cemerlang Malaysia 2018.
PELAWAAN: Chieng (duduk, tiga kanan) ketika sidang media mengenai Anugerah Belia Cemerlang Malaysia 2018.
 ??  ?? AHMAD
AHMAD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia