Utusan Borneo (Sarawak)

TDHUS adakan kempen derma darah bergerak hujung minggu ini

-

KUCHING: Tabung Darah Hospital Umum Sarawak ( TDHUS) menghadapi kekurangan bekalan darah jenis A dan B yang berada di paras rendah.

Menurut TDHUS dalam satu kenyataan di sini kelmarin, kekurangan bekalan darah tersebut disebabkan penggunaan darah jenis itu untuk merawat pesakit yang menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS).

Sehubungan itu orang ramai terutama warga penderma darah yang telah cukup tempoh pendermaan dimohon tampil menderma di TDHUS atau pada kempen derma darah bergerak berhampira­n.

Pada hujung minggu ini, Unit Bergerak Kempen Derma Darah TDHUS akan berada di tiga lokasi sekitar bandar raya Kuching.

Pada 24 Mac, kempen akan berada di Damai Beach Resort, Teluk Bandung, Santubong bermula jam 9 pagi hingga 1 petang anjuran pihak pengurusan Damai Beach Resort.

Pada hari yang sama, kempen serupa akan berada di Vivacity Megamall bermula dari jam 10 pagi hingga 3 petang.

Kempen ini dianjurkan oleh Jawatankua­sa Kerja Perkembang­an Kebajikan dan Kemasyarak­atan Kolej Kediaman Kelima Universiti Malaya (UM).

Kempen yang sama akan berlangsun­g pada hari berikutnya.

Pada 25 Mac pula, kempen akan berlangsun­g di Glassroom, Tingkat 2, Boulevard anjuran Kuching Lifecare Society bermula jam 10 pagi hingga 3 petang.

Bagi mereka yang tidak berkesempa­tan untuk menderma, kaunter pendermaan juga dibuka pada setiap hari bekerja termasuk waktu makan tengah hari bermula jam 8 pagi hingga 4.30 petang.

Ruang tempat letak kereta juga disediakan khas di hadapan bangunan TDHUS bagi memudahkan urusan para penderma.

Kerjasama semua pihak amat diperlukan bagi memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi untuk menampung penggunaan operasi harian HUS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia