Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 100 ikuti program derma darah 9 Briged

-

SIBU: Program Derma Darah Peringkat 9 Briged anjuran Briged Kesembilan Infantri Malaysia (9 Briged) di ruang legar Bisonte, berhadapan Koperasi Tentera dan Restoran Cabeijo di sini, kelmarin ternyata mendapat sambutan yang memberangs­angkan.

Program itu hasil kerjasama 9 Briged dengan Unit Tabung Darah Hospital Sibu bagi membantu menampung keperluan bekalan tabung sempena sambutan Hari Ulang Tahun Tentera Darat Ke85.

Program disertai 113 orang yang terdiri daripada warga 9 Briged dan orang awam.

Program yang bermula seawal jam 9 pagi dan berakhir jam 2 petang itu berjaya mengumpul 62 pain darah.

Turut memeriahka­n program adalah gimik pelancaran kempen derma darah dengan simbolik penyerahan pain darah oleh Ketua Staf Markas 9 Briged Leftenan Kolonel Jauhari Talib kepada Pegawai Perubatan dari Jabatan Tabung Darah Hospital Sibu Dr Lim Chuan Lian yang seterusnya merasmikan program tersebut.

Turut diadakan pemeriksaa­n kesihatan dan rawatan pergigian oleh 803 RSAT dan 624 PGAT.

Turut hadir dalam program tersebut pegawai memerintah dan pemerintah di bawah naungan 9 Briged. SIBU: Pasukan Rancangan Sibu 1.0 (RS1) yang diketuai calon berpotensi Parti Rakyat Bersatu (UPP) bagi kerusi Parlimen Lanang Andrew Ting menyantuni beberapa keluarga yang kurang bernasib baik di Kampung Sentosa, Salim di sini, baru-baru ini.

Antara bantuan yang dihulurkan mereka berupa makanan bagi meringanka­n beban golongan terbabit.

Turut serta Timbalan Pengerusi RS1 Andrew Shilling Banggit.

Aktiviti kebajikan sebegini sering dijalankan RS1 bersama calon berpotensi UPP dalam mendekatka­n diri mereka dengan rakyat setempat.

 ??  ?? BANTU: Ting (empat kiri) sambil diiringi Shilling (tiga kiri) serta yang lain menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penerima.
BANTU: Ting (empat kiri) sambil diiringi Shilling (tiga kiri) serta yang lain menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penerima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia