Utusan Borneo (Sarawak)

Dadah sintetik tinggalkan kerosakan otak kekal

-

PUTRAJAYA: Anggapan dadah sintetik sebagai ‘party drug’ yang tidak mempunyai kesan serius jangka panjang membuatkan usaha memerangi dadah lebih sukar daripada sebelumnya, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Nur Jazlan yang juga Yang Dipertua Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) berkata dadah sintetik yang diklasifik­asikan sebagai ‘New Psychoacti­ve Drug’ ( NPS) sebenarnya mempunyai kesan ketagihan yang jauh lebih kuat serta meninggalk­an kerosakan otak kekal dan teruk ke atas penagih.

“Kemunculan pelbagai bentuk dadah sintetik yang dihasilkan di dalam makmal adalah jauh lebih murah berbanding dadah tradisiona­l merupakan cabaran dalam memerangi dadah hari ini,” katanya dalam satu kenyataan bersempena Hari Ulang Tahun PEMADAM ke-42 semalam.

Menyedari akan cabaran yang dihadapi itu, Nur Jazlan berkata PEMADAM akan terus berusaha mendekati orang muda dan memperluas jaringan aktivis mahasiswa dan pemimpin belia dalam memastikan ancaman dadah jenis baharu tersebut dapat dikekang dan dibasmi agar ia tidak merosakkan masa depan anak bangsa.

Beliau berkata lebih 20 institusi pengajian tinggi dan empat kolej universiti swasta telah mewujudkan Kelab Mahasiswa PEMADAM pada tahun lepas dan usaha tersebut akan diteruskan pada tahun ini untuk memerangi gejala dadah di negara ini.

Nur Jazlan turut meminta aktivis dan penggiat PEMADAM di seluruh negara agar mempergiat usaha murni menyelamat­kan anak bangsa daripada gejala dadah.

“Semua aktivis dan penggiat PEMADAM harus menjadi ‘tangan-tangan’ yang akan menarik dan memapah mereka yang telah terjebak untuk keluar dari dunia ketagihan dan kembali membina semula sebuah hidup yang penuh erti,” katanya.

PEMADAM, sebuah badan bukan kerajaan yang ditubuhkan pada 1976, memain- kan peranan mengumpul dan menggemble­ng sumber kepakaran, tenaga dan dana serta mencari pendekatan terbaik dalam usaha membantera­s penyalahgu­naan dadah.

Menurut Nur Jazlan, lebih 200 program dijalankan oleh PEMADAM pada tahun lepas melalui sekretaria­t kebangsaan dan lebih 1,500 program tempatan dianjurkan oleh PEMADAM negeri, daerah parlimen, Kelab Mahasiswa PEMADAM, aktivis PEMADAM di seluruh negara. — Bernama KULIM: Penagihan dadah yang serius boleh menjejaska­n perancanga­n dan pengindaha­n sesebuah bandar, kata Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir.

Beliau berkata dengan jumlah penagih baharu yang meningkat antara 30 dan 50 orang setiap tahun di daerah ini, permasalah­an ditimbulka­n golongan itu bukan saja melibatkan anggota keluarga mereka, tetapi kini merebak hingga mengganggu perancanga­n pembanguna­n di bandar.

“Memang diakui pihak pengurusan pembanguna­n dan pengindaha­n di bandar Kulim berdepan masalah yang bukan sedikit disebabkan penagih dadah ini.

“Bila pasang lampu hiasan di taman, mereka kebas... buat kolam air terjun, pam air kena curi, pasu bunga pun mereka ambil... macam mana pegawai tak pening. Nilai kerugian kadangkada­ng mencecah ribuan ringgit,” katanya selepas merasmikan Program Karnival Hidup Tanpa Dadah peringkat Parlimen Kulim-Bandar Baharu di sini semalam.

Beliau berkata budaya ‘ambil tahu’ juga harus ada pada setiap individu kerana bagi membantera­s masalah dadah memerlukan kerjasama daripada masyarakat terutama jiran tetangga.

Dalam pada itu, pelbagai program dan aktiviti diadakan sepanjang Karnival Hidup Tanpa Dadah itu bermula semalam hingga hari ini.

Antararany­a, Jambori Basikal Lasak, pameran oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan pengedaran 50,000 gelang tangan getah kepada orang ramai sebagai sokongan kepada program perangi dadah. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERAMAH MESRA: Mustafar (dua kanan) bersama Victoria (kanan) beramah mesra dengan sebahagian pegawai-pegawai pendakwa Imigresen selepas Majlis Penutup Kursus Latihan Memperkasa­kan Kes-kes Pendakwaan dan Saksi Mahkamah di Port Dickson, semalam.
— Gambar Bernama BERAMAH MESRA: Mustafar (dua kanan) bersama Victoria (kanan) beramah mesra dengan sebahagian pegawai-pegawai pendakwa Imigresen selepas Majlis Penutup Kursus Latihan Memperkasa­kan Kes-kes Pendakwaan dan Saksi Mahkamah di Port Dickson, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia