Utusan Borneo (Sarawak)

Agong solat Jumaat di Masjid Salehin Sempena Hari Polis ke-211

-

KUALA LUMPUR: Yang di- Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Salehin, di Pusat Latihan Polis di sini, bersempena sambutan Hari Polis yang ke-211 Ahad ini.

Keberangka­tan tiba Seri Paduka disambut Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim.

Kira- kira 3,000 jemaah hadir terdiri daripada pegawai kanan dan anggota polis serta orang awam.

Khutbah khas Hari Polis yang dibacakan Pegawai Turus Kesejahter­aan Organisasi, Bahagian Agama dan Kaunseling Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, ACP Ghazali Daud berkisar tentang ikrar dan janji pemangkin keamanan dan kesejahter­aan negara.

Ghazali dalam khutbahnya berkata kewujudan pasukan keselamata­n yang terlatih dan berwibawa seperti Polis Diraja Malaysia ( PDRM) bagi menjaga keselamata­n dan keamanan negara adalah penting.

“Justeru itu, mimbar mahu sambutan Hari Polis yang jatuh pada 25 Mac setiap tahun diadakan sebagai tanda ingatan dan peringatan kepada semua warga PDRM agar sentiasa menghayati sejarahnya.

“Sentiasa bersedia secara fizikal dan mental untuk terus istiqamah taat setia kepada raja, negara, perlembaga­an, undang-undang serta pasukan,” katanya.

Ghazali berkata keamanan dan keselamata­n merupakan tunggak kemakmuran negara tercinta Malaysia.

“Oleh itu, mimbar sekali lagi menyeru jemaah sekalian, marilah kita bersama-sama berazam untuk melaksanak­an tugasan yang diberikan dengan penuh amanah dan berintegri­ti sebagai tanda bukti janji kita kepada agama, bangsa dan negara,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? RAMAH MESRA: Sultan Muhammad V (tiga kanan) bersalam dengan sebahagian daripada anggota polis selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Salehen, di Pulapol dekat Kuala Lumpur, semalam, sempena sambutan Peringatan Hari Polis yang ke-211 pada...
— Gambar Bernama RAMAH MESRA: Sultan Muhammad V (tiga kanan) bersalam dengan sebahagian daripada anggota polis selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Salehen, di Pulapol dekat Kuala Lumpur, semalam, sempena sambutan Peringatan Hari Polis yang ke-211 pada...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia