Utusan Borneo (Sarawak)

Kanak-kanak ‘gila gajet’ berisiko hidap ‘pseudo autism’

-

KUALA LUMPUR: Memberikan kanak-kanak seawal usia satu hingga enam tahun bermain gajet seperti telefon pintar tanpa kawalan berisiko mendedahka­n mereka kepada masalah mental dan ‘pseudo autism’, kata Pakar Pendidikan Awal KanakKanak Dr Putri Afzan Maria Zulkifli.

Beliau berkata pseudo autism menyerupai autisme iaitu golongan kanak-kanak tidak mempunyai kemampuan atau kemahiran bersosial dan hidup dalam dunia sendiri yang boleh berlaku sekiranya mereka menghabisk­an terlalu banyak masa secara rutin bermain gajet atau menonton televisyen.

“Usia satu hingga enam tahun adalah waktu kritikal dalam pembinaan neuron kanak-kanak, namun apabila kurangnya aktiviti fizikal dan interaksi, ia menggangu pertumbuha­n otak mereka yang sepatutnya berkembang sehingga 90 peratus dalam tempoh berkenaan,” katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu program Nine11 terbitan Bernama News Channel di sini semalam.

Beliau berkata neuron yang tidak dikembangk­an atau digunakan sepenuhnya ini akan mati, sekali gus mewujudkan pelbagai konflik pada kanak kanak terbabit.

Dr Putri Afzan Maria berkata konflik lain yang boleh berlaku ialah kegagalan kanakkanak berfikir dengan waras, tiada daya pemikiran kreatif, tidak mampu berinterak­si dan bertutur dengan baik selain perkembang­an emosi serta intelek terbantut.

“Paling teruk ia akan menjerumus­kan golongan kanak- kanak ini dalam satu situasi iaitu mereka tidak mampu mengawal perasaan atau tekanan yang dialami sehingga menyebakan kemurungan,” katanya.

Justeru itu, beliau menyaranka­n golongan ibu bapa supaya mengawal penggunaan gajet anak-anak mereka selain menjalanka­n aktiviti lain yang dirasakan bersesuaia­n dengan tahap umur bagi merangsang pembinaan neuron termasuk perkembang­an emosi dan intelek.

“Ibu bapa masih boleh memberi anak-anak bermain gajet, namun cukup sekadar satu jam sehari bagi kanakkanak berusia satu hingga tiga tahun, manakala maksimum dua jam sehari bagi yang berumur empat hingga tujuh tahun dengan syarat di bawah pengawasan penjaga,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia