Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia satu daripada 54 negara belum masuk vaksin PnD dalam NIP

-

GEORGE TOWN: Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) akan membuat kajian bagi melihat sama ada terdapat keperluan mendesak untuk memasukkan vaksin pneumokoka­l (PnD) dalam Program Imunisasi Kebangsaan (NIP).

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata pihaknya akan membawa cadangan itu kepada Bahagian Kesihatan Awam Kementeria­n Kesihatan dan jika kajian mendapati memang ada keperluan, KKM akan memasukkan ia dalam NIP.

“Setakat ini belum ada keperluan untuk memasukkan vaksin itu dalam NIP dan kami akan membuat kajian secara menyeluruh untuk melihat keperluan sebenar serta sama ada banyak kes membabitka­n penyakit pneumokoka­l dan jika memang terbukti ia ( vaksin PnD) diperlukan kementeria­n akan senaraikan dalam NIP.

“Ketika ini menerusi NIP, setiap kanak- kanak bermula dari bayi yang baharu dilahirkan akan menerima beberapa suntikan vaksin bagi mencegah 13 jenis penyakit berbahaya dan setiap tahun kerajaan pusat membelanja­kan sebanyak RM120 juta bagi program itu ( NIP),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Dewan Terbuka Perumahan Polis Bayan Indah di Bayan Lepas, dekat sini semalam.

Dewan yang dibina sejak 6 Nov lepas itu siap sepenuhnya pada Februari lalu membabitka­n kos RM200,000.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Roslee Chik.

Dr Hilmi yang juga Ahli Parlimen Balik Pulau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Pengerusi Perikatan Strategik Asia bagi Penyakit Pneumokoka­l (ASAP) Datuk Dr Zulkifli Ismail yang mahu vaksin PnD dimasukkan dalam NIP supaya lebih ramai orang mendapat keperluan penjagaan kesihatan asas dan mencegah kanak-kanak di bawah dua tahun mengalami penyakit PnD.

Dr Zulkifli dilaporkan berkata sehingga hari ini, lebih 136 negara sudah memasukkan vaksin PnD dalam NIP mereka, manakala Malaysia adalah satu daripada 54 negara yang belum menyenarai­kan

Setakat ini belum ada keperluan untuk memasukkan vaksin itu dalam NIP dan kami akan membuat kajian secara menyeluruh untuk melihat keperluan sebenar serta sama ada banyak kes membabitka­n penyakit pneumokoka­l dan jika memang terbukti ia (vaksin PnD) diperlukan kementeria­n akan senaraikan

NIP. ” dalam Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya Timbalan Menteri Kesihatan

vaksin PnD dalam jadual NIP.

Penyakit PnD merupakan penyakit yang disebabkan oleh bakteria Streptococ­cus Pneumoniae, juga dikenali sebagai pneumokoku­s dan ia biasanya ditemui dalam saluran pernafasan kanak-kanak serta disebarkan melalui batuk atau bersin.

Penyakit PnD juga boleh menjejaska­n upaya seseorang kanak-kanak normal hingga mengalami terencat mental, pekak, lembam dan lumpuh.

Sementara itu, Dr Hilmi menasihati ibu bapa untuk memastikan setiap anak menerima imunisasi lengkap bagi mengelak dan melindungi kanak-kanak daripada terkena jangkitan sebarang penyakit boleh dicegah vaksin.

“Orang ramai tidak perlu bimbang untuk memastikan anak-anak mereka menerima imunisasi kerana ia dapat mencegah kejadian penyakit berjangkit dan mencegah wabak yang serius malah semua vaksin yang diberikan oleh Kementeria­n Kesihatan adalah halal,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia