Utusan Borneo (Sarawak)

MUIP sasar kutipan zakat RM130 juta tahun ini

-

KUANTAN: Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) menyasarka­n kutipan zakat sebanyak RM130 juta pada tahun ini melibatkan bilangan pembayar zakat kira-kira 85,000 orang.

Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah selaku Yang Dipertua MUIP, bertitah sasaran itu dibuat berdasarka­n peningkata­n jumlah kutipan zakat yang capai pada tahun lepas iaitu RM126.6 juta berbanding jumlah yang disasarkan sebelum iaitu RM120 juta.

Ia melibatkan peningkata­n 9.7 peratus (RM11.2 juta) daripada RM115.4 juta yang dikutip pada 2016.

“BIlangan pembayar zakat pada tahun lepas juga meningkat kepada 83,167 orang berbanding dengan sasaran yang ditetapkan iaitu 83,000 orang.

“Saya bangga dengan pencapaian ini dan berharap jumlah itu dapat terus dipertingk­atkan pada 2018 dengan jumlah pembayar zakat yang lebih ramai,” titah baginda selepas majlis penyerahan zakat perniagaan di Istana Abdul Aziz, Bukit Istana Kuantan, di sini semalam.

Titah baginda, bagi men- capai sasaran itu, Pusat Kutipan Zakat mengenal pasti lima fokus utama yang perlu dilaksanak­an merangkumi Z-Barakah (pendapatan), ZTijari (perniagaan), Z-STeP (simpanan, ternakan dan pertanian), Z-ProDak (promosi dan dakwah) dan Z-Smart iaitu aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Sementara itu, pada majlis berkenaan MUIP menerima wang zakat berjumlah RM3.85 juta daripada empat agensi korporat untuk diagihkan kepada golongan asnaf di negeri ini iaitu Lembaga Tabung Haji (RM3.2 juta), Bank Islam Malaysia Berhad (RM371,826.66), UMP Holdings Sdn Bhd (RM187,747.25) dan Affin Islamic Bank Berhad (RM100,000).

Sumbangan diserahkan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji Datuk Badlishah Abdul Ghani, Pengerusi Bank Islam Malaysia Datuk Zamani Ab- dul Ghani, Pengarah Syarikat UMP Holdings Sdn Bhd Datuk Seri Dr Daing Mohd Nasir dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Affin Islamic Bank Berhad Ferdaus Toh Abbdullah.

Tengku Abdullah turut memberi jaminan semua wang zakat yang diterima akan disalurkan sebaiknya kepada golongan asnaf yang memerlukan dan untuk tujuan sewajarnya yang dibenarkan oleh syarak. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TERIMA ZAKAT: Tenku Tengku Abdullah (tengah) menerima zakat daripada Lembaga Tabung Haji yang disampaika­n oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Badlishah Abdul Ghani pada majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Karporat di Istana Abdul Aziz dekat...
— Gambar Bernama TERIMA ZAKAT: Tenku Tengku Abdullah (tengah) menerima zakat daripada Lembaga Tabung Haji yang disampaika­n oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Badlishah Abdul Ghani pada majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Karporat di Istana Abdul Aziz dekat...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia