Utusan Borneo (Sarawak)

Kaji selidik ‘Respons Rakyat’ jangka BN menang PRU14 BN mendahului 37% diikuti Pakatan Harapan (32%), tidak pasti (31%)

-

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional ( BN) dijangka menang pada Pilihan Raya Umum Ke- 14 ( PRU14), menurut kaji selidik ‘Respons Rakyat’ yang dijalankan Bernama Radio baru-baru ini.

Kaji selidik yang dilaksana pada Februari dan Mac itu menunjukka­n parti yang dijangka memenangi pilihan raya itu, Barisan Nasional mendahului dengan 37 peratus diikuti Pakatan Harapan (32 peratus) dan tidak pasti (31 peratus).

Sebanyak 44.2 peratus responden menyatakan ciri-ciri parti politik yang disokong adalah mereka yang mampu memelihara agama, bangsa dan negara.

Jujur, amanah dan bersih daripada rasuah adalah kriteria utama responden dalam memilih calon pilihan raya dengan kajian itu mendapati 54.4 peratus responden mahukan calon sedemikian manakala 35.8 responden mahukan calon yang berjiwa dan mesra rakyat serta turun padang.

Kajian itu membabitka­n 1,050 responden daripada pelbagai peringkat umur yang layak mengundi, jantina, kaum, penduduk bandar dan luar bandar serta pelbagai latar belakang pekerjaan.

Menurut kajian itu, faktor penentu dalam mengundi calon pilihan raya, 33.8 peratus responden memilih parti politik berbanding personalit­i calon (26.7 peratus).

Mengenai pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia ( BR1M), 45 peratus responden sangat setuju dan berharap ia diteruskan kerana mampu mengurangk­an kos sara hidup.

BR1M diperkenal­kan kerajaan sejak 2012 antaranya bertujuan meningkatk­an pendapatan boleh guna isi rumah dan membantu meringanka­n bebanan kos sara hidup golongan tersebut.

Penerima isi rumah berpendapa­tan bulanan RM3,000 ke bawah akan mendapat bantuan berjumlah RM1,200, penerima isi rumah berpendapa­tan bulanan antara RM3,001 hingga RM4,000 ( RM900), serta penerima individu berpendapa­tan bulanan RM2,000 dan ke bawah (RM450).

Sama ada ‘berita’ yang disiarkan media sosial boleh mempengaru­hi mereka dalam membuat pilihan pada PRU14 nanti, 47 peratus responden sangat tidak bersetuju dan tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TERIMA KASIH CIKGU: Mahdzir (tengah) bergambar bersama Kumpulan Penggerak Ibu Bapa dan Komuniti Kebangsaan selepas merasmikan Pelancaran Gerakan Massa Terima Kasih Cikgu Peringkat Kebangsaan Sempena Sambutan Hari Guru 2018 di Dewan Tun Abdul Razak...
— Gambar Bernama TERIMA KASIH CIKGU: Mahdzir (tengah) bergambar bersama Kumpulan Penggerak Ibu Bapa dan Komuniti Kebangsaan selepas merasmikan Pelancaran Gerakan Massa Terima Kasih Cikgu Peringkat Kebangsaan Sempena Sambutan Hari Guru 2018 di Dewan Tun Abdul Razak...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia