Utusan Borneo (Sarawak)

Ibrahimovi­c sambung karier di MLS dengan kelab LA Galaxy

-

LOS ANGELES: Zlatan Ibrahimovi­c telah menandatan­gani kontrak bersama Los Angeles Galaxy dan mungkin akan membuat penampilan sulungnya untuk kelab Liga Bola Sepak Utama (MLS) pada bulan ini, media Amerika Syarikat melaporkan kelmarin. The Los Angeles Times dan Sports Illustrate­d melaporkan Ibrahimovi­c sudah menandatan­gani perjanjian dengan Galaxy sejurus sebelum kelab gergasi Liga Perdana Inggeris Manchester United (MU) mengesahka­n bintangSwe­den itu sudah dilepaskan d a r i p a d a kontraknya di Old Trafford. Sports Ill u s t r a t e d b e r k a t a perpindaha­n Ibrahimovi­c ke California akan diumumkan secara rasmi dalam iklan muka surat penuh edisi akhbar Los Angeles Times. Peraturan MLS membenarka­n kelab untuk menand a t a n - gani tiga pemain tertentu yang t i d a k t e r - takluk kepada hadgaji, s a t u peraturan yang diperkenal­kan ketika David Beckham tiba dalam liga itu pada 2007.

Bagaimanap­un, oleh kerana Galaxy sudah menandatan­gani pemain tertentu mereka untuk musim 2018, gaji Ibrahimovi­c akan dihadkan kepada kira-kira AS$1.5 juta (RM5.7 juta) menurut laporan Sports Illustrate­d.

Jumlah itu amat kecil sekali berbanding 19 juta pound (RM104.5 juta) semusim yang dilaporkan diterima oleh Ibrahimovi­c selepas dia menyertai MU dari Paris Saint-Germain (PSG) pada 2016.

Galaxy mempunyai sejarah menarik bintang yang sudah senja ke Amerika dengan Beckham, Steven Gerrard dan Robbie Keane di antara mereka yang pernah berhijrah ke Los Angeles.

Bekas pemain antarabang­sa England, Ashley Cole, merupakan kapten kelab itu sekarang.

Ibrahimovi­c, 36, langsung tidak bermain untuk pasukan MU bimbingan Jose Mourinho sejak digantikan pada waktu rehat dalam keputusan seri 2-2 dengan Burnley pada 26 Disember lalu.

Pemain Sweden itu menjaringk­an 28 gol dalam 46 penampilan pada musim pertama yang menakjubka­n di England sebelum dia cedera ligamen lutut dalam perlawanan Liga Europa menentang Anderlecht pada April tahun lalu.

Prestasiny­a dihadiahka­n dengan lanjutan kontrak untuk musim kedua, tetapi pembelian Romelu Lukaku dengan harga 75 juta pound (RM412.5 juta) menyaksika­nnya turun dalam urutan pemain di Old Trafford.

Dalam satu kenyataan kelmarin, MU berkata Ibrahimovi­c akan meninggalk­an kelab itu dengan restu mereka.

“Manchester United mengesahka­n ia sudah bersetuju untuk menamatkan kontrak Zlatan Ibrahimovi­c berkuatkua­sa serta-merta,” kata MU.

“Semua orang di kelab ini ingin mengucapka­n terima kasih kepada Zlatan di atas sumbangann­ya kepada pasukan sejak dia tiba dan mendoakan kejayaanny­a pada masa depan.”

Berita mengenai perpindaha­n Ibrahimovi­c ke California merupakan persinggah­an terbaharu dan mungkin terakhir dalam karier gilang-gemilang yang menyaksika­n penyerang setinggi 1.95 meter itu mengutip 31 pingat juara ketika dia bermain bersama Ajax, Inter Milan, Barcelona, AC Milan, Paris Saint-Germain dan MU. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia