Utusan Borneo (Sarawak)

Giggs bermula langkah kanan, Bale jaring hatrik benam China

-

NANNING: Perlawanan p e r t a m a R y a n Giggs selaku jurulatih W a l e s bermula d e n g a n l a n g k a h kanan kelmarin apabila mereka menang 6-0 ke atas China di mana Gareth Bale menjaringk­an hatrik. Penyerang Real Madrid itu menjaringk­an gol antarabang­sa yang ke-29 buat negaranya untuk menjadi pemain Wales dengan jaringan terbanyak sepanjang zaman, selepas dia memecah rekod Ian Rush. Bale menangkis asakan pemain China Wang Shencao untuk meledakkan rembatan ke sudut kiri sel e p a s hanya d u a m i n i t sahaja. B a l e h a m p i r m e n y - umbat gol kedua pada minit ke-17 apabila dia mengejar bola ke hadapan, t e t a p i penjaga gol Shanghai SIPG Yan Junling meluru dari garisan gol untuk mengeluark­an bola.

Ia seakan-akan hanya menunggu masa sahaja sebelum Wales menjaringk­an gol sekali lagi dan pada minit ke-21 Sam Vokes mengambil kesempatan ke atas pertahanan yang selekeh untuk melepaskan Bale yang melakukan jaringan keduanya pada malam itu.

Wales terus menikmati penguasaan sepenuhnya dan menjaringk­an gol ketiga mereka apabila Vokes mengangkat bola daripada Andy King melepasi jejari Yan ke dalam gawang.

Sejurus sebelum waktu rehat, Bale membuat hantaran ke laluan pemain sayap Liverpool Harry Wilson untuk menjaringk­an gol antarabang­sa pertamanya.

Vokes, penyerang Burnley, menjaringk­an gol keduanya pada minit ke-58 dengan satu penyudah dari jarak dekat.

Bale melengkapk­an hatriknya pada minit ke- 62. Dia digantikan sebelum waktu rehat dan menerima tepukan gemuruh daripada peminat di China ketika dia meninggalk­an padang. — AFP

 ?? — Gambar AFP — Gambar AFP ?? IBRAHIMOVI­C AKRAB: Giggs (kiri) berbual dengan jurulatih kebangsaan China, Marcello Lippi semasa perlawanan separuh akhir Kejohanan Piala China Antarabang­sa di Nanning China. MESIN GOL: Bale meraikan gol jaringanny­a pada perlawanan terseubut.
— Gambar AFP — Gambar AFP IBRAHIMOVI­C AKRAB: Giggs (kiri) berbual dengan jurulatih kebangsaan China, Marcello Lippi semasa perlawanan separuh akhir Kejohanan Piala China Antarabang­sa di Nanning China. MESIN GOL: Bale meraikan gol jaringanny­a pada perlawanan terseubut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia