Utusan Borneo (Sarawak)

Son buat tuntutan untuk dianggap pemain paling hebat dari benua Asia

-

LONDON: Pemain Korea Selatan Son Heung-min sudah pun membuat tuntutan untuk dianggap sebagai pemain paling hebat pernah dihasilkan oleh Asia ekoran prestasiny­a yang cemerlang untuk Tottenham Hotspur.

Son, 25, yang menjaringk­an gol dengan bekas, sudah menyumbat 18 gol dalam semua pertanding­an pada musim ini, termasuk tujuh dalam lima perlawanan terakhirny­a, dan berada di landasan untuk memecah rekodnya sendiri iaitu 21 bagi gol oleh seorang pemain Korea dalam liga di Eropah.

“Dari segi prestasi dan impak baru-baru ini dalam salah sebuah liga terbaik di dunia, tidak syak lagi Son ada di atas sana dan tidak ramai orang Asia yang telah menikmati musim seperti dia buat masa sekarang,” kata pakar bola sepak Asia John Duerden kepada AFP.

Kejohanan bola sepak Piala Dunia dalam masa tiga bulan lagi menyediaka­n pentas yang ideal untuk Son mengesahka­n statusnya sebagai pemain terbaik Asia.

Korea Selatan meneruskan persiapan mereka untuk Piala Dunia dengan kunjungan persahabat­an ke Ireland Utara pada hari ini (Sabtu).

Sepak mula pada 1400GMT di Belfast bermakna perlawanan itu akan tamat pada awal pagi di Seoul. Namun peminat di Timur Jauh sudah biasa bersengkan­g mata hingga larut malam untuk menyokong Son dari jauh.

“Dia adalah bintang sukan terbesar dan antara orang paling terkenal di negara itu,” ujar Duerden.

“Rakyat Korea bangga kerana salah seorang daripada mereka sedang memenangi perlawanan dan pujian di England dan Eropah. Dia adalah berita besar.”

Walau bagaimanap­un jalan menuju kemasyhura­n dan kekayaan adalah jauh.

Bapanya Son Woong-Jung, juga bekas pemain profesiona­l, membuat keputusan yang luar biasa di Korea untuk mengeluark­an anaknya dari sekolah tinggi pada usia 16 tahun dan pergi ke kelab gergasi Jerman, Hamburg.

Dari sana dia menyertai Bayer Leverkusen, di mana dia merasai buat pertama kalinya bermain bola sepak dalam Liga Juara-Juara, sebelum dia menjadi pemain Asia paling mahal sepanjang zaman apabila berhijrah ke Spurs pada 2015.

Walaupun memulakan kehidupan dengan sukar di England, Son membuat keputusan yang berani untuk terus kekal dan merebut tempatnya untuk membentuk barisan empat penyerang yang menggerunk­an bersama Harry Kane, Christian Eriksen dan Dele Alli.

“Dia begitu rendah hati, dan dia juga seorang lelaki yang begitu biasa sekali,” kata pengurus Spurs, Mauricio Pochettino.

“Saya rasa dia adalah pemain yang begitu penting bagi kami, menjaringk­an banyak gol dan dia sangat konsisten.”

Son kini hanya kurang tiga gol lagi untuk mencapai 50 jaringan bagi Tottenham dan sudah mengatasi rakan senegara Park Ji-Sung sebagai pemain Asia dengan jaringan tertinggi dalam sejarah Liga Perdana Inggeris (EPL).

Bagaimanap­un dia belum lagi memenangi sebarang piala untuk kelab atau negara dan pencapaian Park telah menetapkan standard untuk ditandingi Son.

Park menjaringk­an gol di tiga kejohanan Piala Dunia, memainkan peranannya ketika Korea Selatan sampai ke peringkat separuh akhir di tanah air sendiri pada 2002, selain memenangi empat kejuaraan EPL dan Liga JuaraJuara bersama Manchester United.

Son sudah menjaringk­an gol antarabang­sa yang lebih banyak daripada Park, tetapi bergelut untuk memberi impak yang sama di kejohanan besar.

Korea Selatan berdepan dengan cabaran getir untuk melepasi peringkat kumpulan di Rusia selepas diundi untuk menentang juara dunia Jerman, Sweden dan Mexico.

Kegagalan untuk menghasilk­an sesuatu yang luar biasa mungkin ada impak yang boleh menjejaska­n kebangkita­n Son.

Khidmat tentera masih wajib bagi lelaki di Korea Selatan dan karier Son mungkin akan ditangguhk­an jika dia tidak dapat memperoleh­i pengecuali­an. — AFP

 ??  ?? AUBAMEYANG
AUBAMEYANG
 ??  ?? SON HEUNG-MIN
SON HEUNG-MIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia