Utusan Borneo (Sarawak)

F1: Mercedes beri amaran awal

-

MELBOURNE: Juara dunia Lewis Hamilton memulakan musim dengan petanda buruk bagi pelumba lain apabila dia mendahului penamat satu-dua untuk Mercedes dalam latihan pembukaan bagi Grand Prix Formula Satu Australia semalam.

Hamilton mencatatka­n masa terbaik seminit 24.026 saat di antara 27 pusingan yang dia buat untuk memandu setengah saat lebih pantas berbanding rakan sepasukan Valtteri Bottas (1:24.577) di Melbourne.

Pelumba British berusia 33 tahun itu memburu kejuaraan dunia kelimanya pada tahun ini, satu pencapaian yang akan menandingi legenda Juan Manuel Fangio dan meninggalk­annya dengan hanya dua kejuaraan sahaja untuk menandingi rekod sepanjang zaman Michael Schumacher.

Max Verstappen dari Belanda mencatatka­n masa ketiga terpantas dalam kereta Red Bull dengan 1:24.771, kirakira 0.745 saat di belakang Hamilton, manakala rakan sepasukann­ya dari Australia, Daniel Ricciardo di tempat keenam.

Ricciardo kedengaran menyebut dalam radio pasukan: “Masih terputus sambungan. Saya bergelut dengan bahagian depan apabila menyandar padanya, dan saya rasa bahagian belakang masih sakit bila keluar.”

Kereta Ferrari yang dipandu oleh Kimi Raikkonen dan Sebastian Vettel mencatatka­n masa keempat dan kelima terpantas, tetapi 0.8-0.9 saat lebih perlahan daripada Hamilton.

Ferrari berlumba di atas ‘ ultrasoft’ manakala masa terbaik Red Bulls diperolehi di atas ‘supersoft’.

Hamilton sudah menang dua kali di Melbourne, pada 2008 dan 2015, antara 62 kemenangan yang dia capai dalam 208 Grand Prix.

Dia sudah memegang rekod bagi permulaan di tempat pertama terbanyak dengan 72, di hadapan 68 bagi Schumacher.

Ia adalah satu lagi sesi yang mengecewak­an bagi Fernando Alonso dalam kereta McLaren.

Dia hanya masuk ke dalam litar selepas lama tersangkut dalam pit kerana masalah ekzos.

Namun pemandu Sepanyol itu akhirnya menamatkan latihan sebagai pelumba kelapan paling pantas, tidak jauh di belakang Romain Grosjean yang memandu kereta Haas.

Alonso sudah meramalkan Grand Prix Australia pada hujung minggu ini adalah waktu paling teruk dalam musim 2018 bagi McLaren kerana mereka sedang bergelut dengan peralihan kepada enjin baharu Renault.

Program ujian luar musim McLaren diganggu oleh beberapa isu mekanikal. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? KOMITED: Jentera Hamilton memasuki pit untuk menukar tayar semasa sesi latihan pembukaan menjelang Grand Prix Formula Satu Australia di Melbourne.
— Gambar AFP KOMITED: Jentera Hamilton memasuki pit untuk menukar tayar semasa sesi latihan pembukaan menjelang Grand Prix Formula Satu Australia di Melbourne.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia