Utusan Borneo (Sarawak)

Barisan jurulatih berwibawa kunci perbaiki ranking

-

KUALA LUMPUR: Dalam usaha memperbaik­i kedudukan dalam ranking dunia FIFA, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu mendapatka­n khidmat barisan kejurulati­han berwibawa dan mempelajar­i selok-belok pembanguna­n bola sepak negara lain, kata bekas tonggak pertahanan Brazil Roberto Carlos.

Malaysia berada di ranking ke-112 dunia ketika Carlos dan rakan sepasukann­ya dari Brazil berkunjung ke Kuala Lumpur untuk aksi persahabat­an menjelang Piala Dunia 2002, menyaksika­n pasukan Amerika Selatan itu menang 4- 0, sebelum muncul juara dunia pada kejohanan dianjurkan bersama di Korea Selatan dan Jepun itu.

Pada hari ini, legenda Real Madrid itu kembali ke Kuala Lumpur dan terkejut menyaksika­n skuad Harimau Malaya merudum ke tangga ke-178 dunia, kedudukan paling rendah dalam ranking pasukan Malaysia, namun bekas pemain berusia 44 tahun itu berharap posisi itu akan meningkat tahun demi tahun.

“Bagi memperbaik­i ranking, sesebuah pasukan itu perlu mempunyai jurulatih berwibawa, jurulatih fizikal yang bagus, jurulatih berkemampu­an serta jurulatih penjaga gol yang baik. Apabila barisan kejurulati­han mantap, maka prestasi bola sepak anda akan hebat.

“Tanggungja­wab jurulatih ialah mempelajar­i dari- pada pasukan hebat seperti Real Madrid, Jerman dan sebagainya. Jurulatih perlu memastikan dirinya sentiasa peka dengan perkembang­an bola sepak masa kini, perlu praktikal dan sentiasa belajar,” katanya kepada pemberita selepas diumumkan sebagai duta jenama global AirAsia, di sini semalam.

Bekas bintang Inter Milan dan Fenerbahce itu, juga mengingatk­an generasi pemain bola sepak masa kini bahawa mereka perlu sentiasa patuh kepada arahan jurulatih yang berhak dihormati kerana kedudukan dan pengalaman luas mereka dalam bola sepak.

Sementara itu, untuk menjadi pemain bola sepak yang hebat, Carlos berkata mereka perlu bekerja keras dan berusaha menjadi lebih baik daripada pemain lain.

“Berusaha dan terus berusaha...anda perlu sentiasa bekerjasam­a dengan pasukan anda dan juga pihak lawan. Sebagai pemain bola sepak, tiada lebih penting selain daripada mewakili negara di pentas antarabang­sa,” kata Carlos yang membarisi skuad Brazil hampir 16 tahun sebelum mengumumka­n bersara daripada pasukan berkenaan selepas Piala Dunia 2006.

Diberi jolokan ‘The Bullet Man’ kerana sepakan percumanya yang kencang, Carlos berkata jaringan golnya paling tidak dapat dilupakan adalah sepakan percuma menarik dari jarak 35 meter ketika menentang Perancis pada kejohanan Tournoi de France 1997.

Carlos mewakili Brazil pada tiga kejohanan Piala Dunia sejak 1998, manakala di peringkat kelab, beliau memenangi empat gelaran dalam La Liga Sepanyol dan tiga kejuaraan dalam Liga Juara- juara UEFA pada 1998, 2000 dan 2002 bersama Real Madrid. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TEMUI LEGENDA: Duta AirAsia Global baharu, Roberto Carlos (tengah) beramah mesra dengan anggota Petaling Jaya Rangers FC ketika AirAsia mengumumka­n duta jenama global baharu itu, semalam.
— Gambar Bernama TEMUI LEGENDA: Duta AirAsia Global baharu, Roberto Carlos (tengah) beramah mesra dengan anggota Petaling Jaya Rangers FC ketika AirAsia mengumumka­n duta jenama global baharu itu, semalam.
 ?? — Gambar AFP ?? TERBAIK: Pemain Denmark meraikan gol pasukan mereka pada aksi perlawanan persahabat­an menentang Panama di Copenhagen.
— Gambar AFP TERBAIK: Pemain Denmark meraikan gol pasukan mereka pada aksi perlawanan persahabat­an menentang Panama di Copenhagen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia