Utusan Borneo (Sarawak)

PSK merangkul kejuaraan bola baling

-

KUCHING: Wakil tuan rumah, Projek Sri Kenyalang ( PSK) merangkul kejuaraan Kejohanan Bola Baling Piala Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg 2018 (Edisi Ke-13) dan Kejohanan Bola Baling Piala Dr Abdul Rahman Junaidi 2018 ( Edisi Ke-8) melabuhkan tirainya di Stadium Perpaduan, Petra Jaya di sini kelmarin.

Dalam kategori lelaki bagi merebut Piala Ketua Menteri, PSK terpaksa berdepan cabaran getir sebelum mengesahka­n gelaran menewaskan Selangor dengan 13-12.

Tempat ketiga milik pasukan Matang Galaxy manakala FAM Union menduduki tempat keempat.

Perebutan Piala Dr Abdul Rahman Junaidi sah menjadi milik PSK selepas pemain wanitanya berjaya menumpaska­n G-Mysh (6-3). Majetic HT dan UiTM masingmasi­ng menduduki tempat ketiga dan keempat.

Juara bagi kedua-dua kategori menerima hadiah wang tunai RM1,500, piala pusingan dan pingat. Manakala, naib juara menerima RM1,000, piala dan pingat bagi kedua-dua kategori.

Pemenang tempat ketiga menggondol RM700 dan pingat manakala tempat keempat meraih RM500 berserta pingat bagi kedua-dua kategori.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menyampaik­an hadiah kepada pemenang mewakili Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg.

Hadir sama Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Snowdan Lawan, Menteri Muda Utiliti (Bekalan Elektrik Luar Bandar), Dr Abdul Rahman Junaidi merangkap Penasihat Persatuan Bola Baling Sarawak (SAHA), Presiden Persekutua­n Bola Baling Malaysia ( MAHF), Yang Amat Mulia Tengku Masera Zahira Iskandaria­h Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Ketua Pegawai Eksekutif ( CEO) Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Dr Ong Kong Swee dan Presiden SAHA, Norani Drahman.

Sebanyak 32 pasukan berentap pada kejohanan berlangsun­g dari 19 hingga 22 Mac lalu.

 ??  ?? TAHNIAH: Pemain pasukan lelaki PSK bersama (dari tiga kanan) Ong, Snowdan, Tengku Masera, Abdul Karim dan Dr Abdul Rahman pada majlis penyampaia­n hadiah.
TAHNIAH: Pemain pasukan lelaki PSK bersama (dari tiga kanan) Ong, Snowdan, Tengku Masera, Abdul Karim dan Dr Abdul Rahman pada majlis penyampaia­n hadiah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia