Utusan Borneo (Sarawak)

Kanak-kanak berpeluang merasai pengalaman berlatih di Camp Nou

-

MIRI: Kanak-kanak berumur tujuh hingga 12 tahun sekitar Miri adalah dipelawa menyertai Milo 2018 Futsal Champion Clinic dan turut berpeluang mendapat latihan secara profesiona­l di Camp Nou, Barcelona.

Ketua Jurulatihn­ya, Elizabeth Oyau berkata klinik itu terbuka terhad kepada 30 penyertaan dan hanya seorang sahaja dipilih menyertai latihan Camp Nou Barcelona.

“Ini merupakan peluang sekali seumur hidup yang perlu direbut oleh peserta. Kita yakin jika mereka dilatih dan diasah bakat pada usia muda boleh menjadi pemain futsal berkeboleh­an sekali gus mewarnai dunia futsal peringkat kebangsaan,” katanya di sini semalam.

Menurut Elizabeth, salah seorang peserta bakal dipilih nanti akan menyertai 18 peserta lain dari seluruh negara menyertai latihan profesiona­l di Barcelona yang ditaja sepenuhnya oleh Milo Malaysia.

“Program latihan Camp Nou merangkumi sesi kelas dan lawatan muzium, lawatan sekitar bandar raya ini, klinik bola sepak Escola dan berpeluang berinterak­si dengan jurulatih FC Barcelona serta pasukan dari Malaysia, Indonesia, Vietnam dan Colombia,” jelasnya.

Klinik diadakan di King Sport Centre Senadin di sini bermula pada 31 Mac hingga 22 April ini dibahagika­n kepada lapan sesi iaitu pada setiap Sabtu dan Ahad.

Setiap sesi bermula jam 9 pagi hingga 12 tengah hari.

Yuran penyertaan bagi seorang peserta adalah RM120 merangkumi dua helai baju sukan Milo, minuman Milo, sijil penyertaan dan cenderamat­a.

“Dalam klinik itu nanti mereka akan mempelajar­i kemahiran asas seperti kawalan bola, penghantar­aan dan strategi,” ujar Elizabeth yang juga merupakan bekas pemain bola sepak Sukan SEA Kebangsaan.

Silibus bagi latihan klinik adalah disediakan oleh Ketua Jurulatih Futsal Kebangsaan, Chiew Chung Yong.

Mereka yang berminat mengetahui lanjut berhubung jadual klinik terbabit boleh melayari laman sesawang Milo di www.milo.com.

Untuk keterangan penyertaan boleh menghubung­i Elizabeth di talian 0128982201 atau Fadillah Ibrahim (013-8137598).

 ??  ?? REBUT PELUANG: Elizabeth (dua kiri), Ketua Jurulatih Futsal Kebangsaan, Chiew Chung Yong (empat kiri) serta yang lain bersama Jurulatih Barcelona FC pada bengkel Milo X FC Barcelona Escola 2018 di Bukit Jalil awal bulan lalu.
REBUT PELUANG: Elizabeth (dua kiri), Ketua Jurulatih Futsal Kebangsaan, Chiew Chung Yong (empat kiri) serta yang lain bersama Jurulatih Barcelona FC pada bengkel Milo X FC Barcelona Escola 2018 di Bukit Jalil awal bulan lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia