Utusan Borneo (Sarawak)

Ikut jejak One Direction sekali lagi

-

KUMPULAN pop yang kesemua ahlinya wanita dan dilahirkan dalam sebuah pertanding­an nyanyian TV, Fifth Harmony, mengumumka­n mereka akan berehat untuk satu tempoh yang belum diketahui sementara anggotanya mencuba nasib dalam karier solo.

Anggota asal kelima kumpulan itu, Camila Cabello yang berusia 21 tahun, sudah meninggalk­an kumpulan dan mencatatka­n kejayaan besar bersama lagu hitnya ‘Havana’.

Kumpulan yang berpangkal­an di Miami itu ditubuhkan pada 2012 selepas penyanyi-penyanyi terbabit menyertai uji bakat untuk program televisyen ‘The X Factor’.

Dalam satu kenyataan yang dipaparkan dalam media sosial, yang memainkan peranan penting dalam kebangkita­n kumpulan itu, penyanyi terbabit berkata mereka menghargai waktu selama ini “untuk berkembang secara kreatif dan benarbenar mencari tempat kami sebagai individu”.

“Selepas enam tahun berusaha gigih, tanpa henti, kami juga menyedari iaitu untuk kekal benar kepada diri sendiri dan kepada anda, kami memang perlu mengambil masa buat masa sekarang untuk berehat daripada Fifth Harmony dan mencuba usaha solo,” katanya.

Kuartet berkenaan – Ally Brooke, Normani Kordei, Dinah Jane dan Lauren Jauregui, yang berusia antara 20 hingga 24 tahun – berkata mereka akan menunaikan komitmen konsert mereka sehingga hujung tahun ini.

Fifth Harmony, yang mengeluark­an tiga album studio, telah menyajikan bunyi pop klasik kumpulan remaja perempuan tetapi dengan sedikit bunyi R&B dan Latin.

Dengan gambar yang penuh dengan tarikan seks, Fifth Harmony telah memasukkan tema pemerkasaa­n wanita ke dalam lagu-lagu seperti ‘Boss’ tetapi turut memiliki ciri yang agak lucah, khususnya dalam lagu hit ‘Work from Home’ tentang menghantar gambar menerusi telefon bimbit kepada seorang kekasih.

Trajektori Fifth Harmony menyerupai hala tuju kumpulan remaja lelaki One Direction, yang turut dicipta oleh penerbit Simon Cowell yang membawa ‘The X Factor’ ke Amerika Syarikat dari negara asalnya Britain.

One Direction pada hujung tahun 2016 mengumumka­n waktu rehat yang serupa, tanpa secara rasmi menyatakan kumpulan itu sudah berpecah.

Langkah itu diambil selepas anggotanya Zayn Malik keluar dari kumpulan untuk mencuba nasib dalam karier solo. Sejak itu, anggota lain – terutamany­a Harry Styles – juga telah menjalanka­n projek mereka masing-masing.

 ??  ?? CAMILLA CABELLO
CAMILLA CABELLO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia