Utusan Borneo (Sarawak)

PBB dan AFP lancar anugerah hargai jasa wartawan Mexico

-

KOTA MEXICO: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Agence FrancePres­se (AFP) melancarka­n satu anugerah kelmarin bagi menghargai beberapa wartawan yang membahayak­an nyawa mereka untuk membuat liputan mengenai pencabulan hak asasi manusia di Mexico, sebagai penghormat­an kepada dua wartawan terkenal yang dibunuh pada tahun lepas

‘Breach-Valdez Prize’ akan menghargai wartawan yang telah mengikut jejak langkah rakan setugas mereka yang terkorban, Miroslava Breach dan Javier Valdez, dua daripada lebih 100 wartawan yang dibunuh sejak 2000 di salah satu dari beberapa negara paling berbahaya di dunia untuk golongan media.

Tujuannya adalah untuk “mengiktira­f karier para wartawan Mexico yang telah menonjolka­n diri mereka dalam mempertaha­nkan hak asasi manusia,” kata Giancarlo Summa, pengarah bagi Pusat Maklumat PBB di Mexico.

Valdez, seorang wartawan yang memenangi anugerah yang membuat liputan mengenai kartel dadah berkuasa di Mexico, ditembak mati pada Mei lepas pada waktu siang terang di luar pejabat Riodoce, akhbar yang beliau tubuhkan bersama di Culiacan, bandar utama bagi wilayah asalnya Sinaloa.

Beliau juga merupakan seorang rakan kerjasama AFP selama ini.

Breach, seorang koresponde­n bagi akhbar Mexico, La Jornada, di wilayah Chihuahua, di sempadan AS, merupakan seorang wartawan siasatan disegani dikenali melalui laporannya yang tegas mengenai kaitan antara ahli politik dan jenayah terancang.

Beliau ditembak mati pada waktu siang pada Mac lepas ketika beliau memandu bersama anak lelakinya ke sekolah.

Anugerah tahunan ini turut dibiayai bersama oleh UNESCO, Universiti IberoAmeri­ka dan kedutaan Perancis di Mexico.

Edisi pertama akan dianugerah­kan pada 3 Mei di Kota Mexico.

Pemenang akan menerima satu geran dan satu lawatan ke Perancis bagi mengambil bahagian dalam satu siri acara untuk kebebasan bersuara.

“Kami mahu menentang kelalaian, menentang normalisas­i keganasan, supaya kami tidak bertanya pada setiap bulan siapa lagi orang seterusnya,” kata Jan Jarab, wakil Mexico bagi Suruhanjay­a Tinggi PBB untuk Hak Asasi Manusia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia