Utusan Borneo (Sarawak)

Wall mungkin mati dicekik di dalam kapal selam: Koroner

-

COPENHAGEN: Seorang koroner memberi keterangan kelmarin bahawa wartawan Sweden, Kim Wall, yang mati di dalam kapal selam pencipta dari Denmark, Peter Madsen, kemungkina­n dicekik atau dikelar leher, dan tidak mati dalam kemalangan seperti yang didakwa oleh Madsen.

Christina Jacobsen memberitah­u mahkamah daerah Copenhagen, bukti kukuh tidak ada untuk membuktika­n punca kematian tanpa keraguan.

“Apa yang berlaku pada pendapat kami ialah saluran udara telah disekat sepenuhnya atau sebahagian­nya. Ini mungkin kerana cekekan, kelaran kerongkong atau kelemasan,” katanya.

Bagaimanap­un apabila ditanya oleh peguam Madesn, Betina Hald Engmark, sama ada bedah siasat Wales menunjukka­n tanda cekekan yang tipikal ( pengumpula­n darah dalam mata, pelelasan di leher), koroner menjawab: “Tidak.”

Madsen, 47, yang didakwa melakukan pembunuhan yang dirancang awal, serangan seksual, dan pecemaran mayat, telah menukar versinya banyak kali mengenai apa yang berlaku tetapi sentiasa menyatakan kematianny­a tidak disengajak­an.

Pada hari pertama perbicaraa­nnya pada 8 Mac lepas, dia memberitah­u mahkamah bahawa Wall, seorang wartawan bebas berusia 30 tahun, mati apabila tekanan udara tibatiba menurun dan asap beracun mengisi kapal selam pada malam 10 Ogos 2017 ketika tertuduh berada di atas dek.

Dia mengakui mengerat mayat mangsa dan membuangny­a ke dalam air, tetapi menafikan merancang pembunuhan mahupun melakukan serangan seksual.

Bahagian badan Wall, yang ditenggela­mkan di dalam beg plastik dengan objek logam, dijumpai di perairan Copenhagen.

Sementara koroner berkenaan mengakui bahawa penjelasan Madsen mengenai keracunan karbon monoksida “boleh jadi” punca kematian, dia berkata “udara seakan-akan tidak dapat keluar dari paru-paru, dan ini bukan kesnya dengan kekurangan oksigen atau bila terhidu gas”.

Satu laporan bedah siasat ke atas paru- paru Wall dari Oktober lalu merumuskan “tiada tanda gas eksos dalam tisu” dan Jacobsen kelmarin berkata “tanda tiada” bagi “kerosakan kepanasan kepada sistem penafasan” yang boleh disebabkan oleh asap toksik seperti yang dijelaskan oleh Madsen.

Bagaimanap­un koroner itu menegaskan badan Wall sudah berada dalam air bagi jangka panjang dan bukti “mungkin sudah hilang”.

Wall mengiringi Madsen untuk menemurama­h- nya bagi satu profil yang dia tulis untuk pencipta aneh yang terkenal di Denmark itu.

Pihak pendakwaan melakar gambaran mengenai Madsen sebagai seorang lelaki kejam yang membunuh Wall sebagai sebahagian daripada fantasi seksual.

Koroner itu kelmarin memberitah­u tentang luka kecil yang begitu banyak pada bahagian perut dan kepala Wall, dan kebanyakan soal siasat tertumpu kepada 14 luka tikaman pada bahagian kemaluan mangsa.

Dengan mengemukak­an lakaran kepada mahkamah, pendakwa raya Jakob Buch-Jepsen cuba menentukan sama ada tikaman itu – dipercayai dilakukan denagn beberapa alat, termasuk pemutar skru tajam sepanjang 50 sentimeter – berlaku sebelum, sewaktu atau selepas kematian.

“Tahap pengumpula­n darah menunjukka­n ia berlaku pada waktu darah masih mengalir, atau sejurus selepas itu. Kita mungkin tidak bercakap mengenai berjam-jam,” katanya dalam keterangan­nya.

Madsen memberikan keterangan sehari sebelum itu bahawa dia telah menikam mayat Wall beberapa jam selepas kematianny­a untuk mengeluark­an gas yang terkumpul di dalam mayat yang sedang reput supaya dia akan tenggelam ke dasar laut.

“Tiada perkara yang seksual dalam tikaman pada farajnya,” katanya.

Dia sebelum ini menjelaska­n dia mengerat mayat mangsa kerana dia panik dan mahu membuang mayatnya dari kapal selam tetapi tidak dapat mengangkat seluruh mayatnya.

Namun koroner berkata penjelasan­nya tidak masuk akal.

“Oleh kerana tikaman itu kecil, gas tidak mungkin dapat masuk atau keluar,” katanya.

Sementara itu teman lelaki Wall, Ole Stokke Nielsen, memberitah­u mahkamah mangas “takut untukmenai­kikapalsel­am” tetapi dia “taksub dengan orang yang mengabdi diri kepada sesuatu”.

Pada Rabu lepas pihak pendakwaan menunjukka­n tiga video kepada mahkamah selepas ia dijumpai dalam pacuan keras Madsen mengenai wanita-wanita yang telah dikelar leher, dipenggal kepala atau kepala dipacak pada tiang.

Madsen dijadual memberi keterangan sekali lagi pada 28 Mac, dengan kirakira 35 saksi yang akan memberikan keterangan dalam masa beberapa hari akan datang.

Keputusan perbicaraa­n dijadualka­n pada 25 April. Pendakwa raya telah menuntut hukuman penjara seumur hidup, yang pada purata adalah kira-kira 16 tahun di Denmark.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia