Utusan Borneo (Sarawak)

Pengebom Texas ‘tidak kesal’ dalam pita pengakuan

-

CHICAGO: Lelaki di sebalik satu siri bom bungkusan yang menghantui bandar utama Austin di Texas telah meninggalk­an pengakuan yang direkodkan menyuaraka­n tiada kekesalan dan menggambar­kan dirinya sebagai seorang “psikopat”, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Mark Conditt, yang dikehendak­i bagi satu siri pengeboman sepanjang tiga minggu yang membunuh dua orang dan mencederak­an beberapa lagi, mati selepas meletupkan sebiji bom di dalam keretanya pada Rabu lepas ketika anggota polis mendekatin­ya.

Polis berkata lelaki berusia 23 tahun itu meninggalk­an satu rakaman video di dalam telefonnya, menganggap ia sebagai satu “pengakuan.” Mereka tidak mengeluark­an rakaman itu atau menjelaska­n kandungann­ya secara terperinci, memetik satu siasatan sedang dilakukan.

Akhbar Austin AmericanSt­atesman, memetik sumber yang tidak dikenali telah memaklumka­n mengenai kandungan rakaman selama tepat 25 minit, menyatakan Conditt telah mengugut akan melakukan lebih banyak serangan.

“Saya berharap saya akan berasa kesal namun saya tidak,” kata Conditt, berdasarka­n laporan akhbar.

Conditt menggambar­kan dirinya sendiri sebagai seorang “psikopat”, menyatakan dia mengalami gangguan sejak kecil, dan mengugut untuk meletupkan dirinya sendiri di dalam sebuah restoran McDonald yang penuh sesak sekiranya dia memikirkan dia akan ditangkap, lapor akhbar.

Jabatan Polis Austin tidak segera memberi respons terhadap satu permintaan bagi komen lanjut.

Penyiasat masih lagi berusaha untuk menentukan satu motif bagi pengeboman dan sama ada terdapat rakan subahat.

Mereka sudah membebas- kan orang kedua daripada dua rakan sebilik Conditt kelmarin, selepas menyoal siasat mereka. Yang pertama dibebaskan pada Rabu lepas dan polis berkata tiada seorangpun daripada mereka berdua telah ditahan.

Penyiasat juga sedang berusaha untuk menentukan bagaimana Conditt, dikatakan sebagai seorang pemuda yang menganggur tidak menamatkan pendidikan kolejnya, mempelajar­i cara menghasilk­an bom yang menurut polis memiliki satu peringkat kecanggiha­n dalam penghasila­nnya.

Ketua polis Austin Brian Manley memberitah­u sidang akhbar pada malam Rabu lepas bahawa Conditt tidak mendedahka­n motifnya dalam pita pengakuan, namun ada menjelaska­n semua daripada tujuh bungkusan bom yang dia telah hasilkan.

“Apa yang jelas selepas mendengar video tersebut, bahawa ini merupakan se- orang pemuda yang bermasalah yang telah bercakap mengenai cabaran dalam kehidupann­ya yang membawa dia ke peringkat di mana dia mengambil tindakan yang dilakukann­ya,” terang Manley.

“Serta terdapat juga petunjuk bagi tindakan yang dia ingin lakukan pada masa depan,” tambah beliau.

Pengeboman yang bermula pada 2 Mac menghantui Austin – sebuah bandar yang mempunyai hampir sejuta penduduk.

Beratus-ratus anggota penguat kuasa undang-undang tempatan dan persekutua­n melancarka­n pemburuan beramai-ramai bagi mencari pengebom tersebut.

Satu isu besar muncul ketika Conditt menghantar dua bungkusan bahan letupan melalui pejabat FedEx Austin, membolehka­n pihak berkuasa mendapatka­n lebih banyak maklumat bagi mengenal pasti suspek.

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? SIASATAN DITERUSKAN: Pegawai penguat kuasa undang-undang memeriksa rumah di mana pengebom bersiri Texas, Conditt, tinggal bersama keluargany­a di Pflugervil­le, Texas kelmarin.
— Gambar Reuters SIASATAN DITERUSKAN: Pegawai penguat kuasa undang-undang memeriksa rumah di mana pengebom bersiri Texas, Conditt, tinggal bersama keluargany­a di Pflugervil­le, Texas kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia