Utusan Borneo (Sarawak)

Pangsapuri terbakar,13 maut di Vietnam

-

HANOI: Seramai 13 maut dan beberapa lagi tercedera ketika kebakaran meletus di sebuah kompleks pangsapuri di hab komersil selatan Vietnam di Bandar Ho Chi Minh pada awal semalam, menurut pihak berkuasa.

Kebakaran di bangunan pencakar langit Carina Plaza bermula sekitar tengah malam di tingkat bawah bangunan dan tidak lama kemudian merebak ke tingkat atas.

Seorang pegawai memberitah­u AFP bahawa ramai daripada mangsa meninggal dunia akibat kelemasan ketika mereka cuba melarikan diri dari api dengan pergi ke tingkat yang lebih tinggi.

“Seramai 13 orang yang berjaya dibawa keluar meninggal dunia dan lebih 12 lagi tercedera. Mereka meninggal dunia akibat kelemasan,” pegawai dari pejabat kerajaan di kawasan kejiranan memberitah­u AFP, bercakap dengan syarat identitiny­a dirahsiaka­n.

Beliau berkata pihak berkuasa belum dapat menentukan punca kebakaran.

Laman sesawang milik negara VietnamPlu­s melapor- kan kebakaran bermula di tempat letak kereta bawah tanah yang menghubung­kan blok berhampira­n di kompleks pangsapuri tersebut.

Kebakaran telah dipadamkan pada awal pagi semalam, walaupun kawasan telah diselubung­i asap tebal selama beberapa jam, menurut imej dalam media milik negara.

Kawasan tersebut telah dikotori dengan motosikal yang terbakar dan serpihan lain semalam ketika anggota bomba membersihk­an kawasan tersebut.

Le Thi Vang memberitah­u VNExpress bahawa beliau dan keluargany­a telah dikejutkan dengan satu letupan kuat di pangsapuri mereka di tingkat dua, yang segera dipenuhi dengan asap.

“Kami berlari keluar dan terdapat asap di semua tempat. Kami tidak tahu ke mana untuk lari, maka kami terpaksa terjun ke bawah,” kata Vang, 45.

Menurut laporan, kebakaran mungkin telah bermula di tempat letak kereta yang bersambung dengan blok tambahan di kompleks pangsapuri.

Kompleks apartmen besar termasuk beberapa bangunan di antara 15 dan 22 tingkat tinggi dan telah dibina pada enam tahun lepas di sebuah kawasan kediaman di Ho Chi Minh, bandar terbesar di Vietnam.

Kompleks tersebut mempunyai sebuah kolam renang, gelanggang tenis, tadika dan beberapa buah kedai, menurut laman sesawangny­a.

Ia merupakan kebakaran paling teruk di Vietnam sejak 2016 ketika satu kebakaran di sebuah bar karaoke di Hanoi menyebabka­n 13 nyawa terkorban, kebanyakan­nya pekerja kerajaan yang mati di ruangan kalis bunyi itu.

Kebakaran tersebut, dipercayai bermula akibat percikan daripada pengimpal yang bekerja di luar, menyebabka­n satu penilaian meluas terhadap langkah pencegahan kebakaran di bar dan kelab.

Kebakaran adalah agak biasa berlaku di Vietnam di mana pencegahan kebakaran dan perkhidmat­an bomba adalah terhad.

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? RENTUNG: Rangka motosikal yang hangus dilihat di tempat letak kereta selepas kebakaran meletus di sebuah kompleks pangsapuri di Bandar Ho Chi Minh pada awal semalam.
— Gambar Reuters RENTUNG: Rangka motosikal yang hangus dilihat di tempat letak kereta selepas kebakaran meletus di sebuah kompleks pangsapuri di Bandar Ho Chi Minh pada awal semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia