Utusan Borneo (Sarawak)

AS gugur dakwaan 11 pengawal peribadi Erdogan serang penunjuk perasaan

-

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) menggugurk­an secara senyap-senyap dakwaan serangan terhadap 11 pengawal peribadi Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan yang terlibat dalam menyerang penunjuk perasaan di Washington pada tahun lepas.

Mahkamah Agung di Washington mengesahka­n kelmarin bahawa dakwaan terhadap empat orang telah digugurkan pada November lepas dan seramai tujuh lagi pada 14 Februari.

Tiada sebab diberikan bagi keputusan pendakwa raya kerajaan untuk mendapatka­n penggugura­n kes tersebut.

Namun seorang pegawai dengan pengetahua­n rapat mengenai kes itu berkata: “Keputusan telah dibuat atas sebab-sebab jelas,” mencadangk­an terdapat persoalan mengenai pengenalpa­stian mereka yang terlibat dalam kejadian 16 Mei, 2017.

Seramai 19 anggota pasukan keselamata­n Erdogan telah disabitkan bagi serangan waktu siang di depan kediaman duta Turki, yang berlaku ketika Erdogan berada di Washington untuk menemui Presiden Donald Trump.

Dua daripada mereka adalah rakyat AS, yang mengaku bersalah pada Disember ke atas dakwaan serangan. Dua adalah rakyat Kanada, yang telah didakwa namun tidak ditangkap.

Seramai 15 lagi adalah rakyat Turki yang merupakan sebahagian daripada rombongan Erdogan dan terlibat dalam serangan, yang melihat penunjuk perasaan secara aman ditendang dan dipukul oleh pasukan keselamata­n Turki.

Beberapa orang telah dihantar ke hospital bagi kecederaan serius.

Sebahagan besar serangan telah dirakamkan oleh orang awam, dan polis telah mengenal pasti suspek melalui rakaman video.

Pertuduhan telah menghangat­kan keadaan bagi hubungan yang sememangny­a sedang tegang antara kedua-dua negara, dengan Erdogan menyatakan kes itu satu “tunjuk perasaan yang mencetuska­n skandal tentang bagaimana kehakiman Amerika berfungsi.”

Sementara AS membekukan perjanjian menjual senjata kecil bernilai $1.2 juta kepada unit pengawal peribadi presiden Turki.

Menurut mahkamah Washington, dakwaan telah digugurkan terhadap 11 daripada 15 pengawal peribadi Turki, sementara empat lagi masih di bawah pertuduhan.

Kumpulan pertama dalam kes yang digugurkan muncul pada petang kunjungan ke Washington oleh Perdana Menteri Turki Binali Yildirim pada November lepas.

Kumpulan kedua pula muncul sehari sebelum Setiausaha Negara Rex Tillerson menemui Erdogan di Ankara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia