Utusan Borneo (Sarawak)

Polis tangkap 30 Yahudi ultra-Ortodoks bantah kerahan tentera

-

BNEI BRAK: Polis Israel kelmarin berkata mereka menangkap 30 Yahudi ultraOrtod­oks yang melontar batu ke arah anggota polis dan menghalang satu laluan utama berhampira­n Tel Aviv, dalam bantahan terhadap pengerahan tentera.

Satu kenyataan polis menyatakan penunjuk perasaan telah menghalang lebuh raya 4 utara- selatan di bandar Bnei Brak yang didiami oleh ramai penduduk ultra-Ortodoks dalam “tunjuk perasaan secara haram”, kejadian terbaharu yang berpunca daripada penahanan beberapa pemuda ultra-Ortodoks yang dituduh mengelak perkhidmat­an tentera.

Wartawan AFP melihat penunjuk perasaan duduk atau berbaring di tengah-tengah jalan raya berhampira­n dan menghalang anggota polis bergerak di antara mereka bagi meleraikan kumpulan orang awam ketika meriam air disembur ke arah penunjuk perasaan.

“Empat anggota polis mengalami kecederaan ringan selepas batu- batu dilontar ke arah mereka,” menurut polis.

Undang- undang Israel memerlukan lelaki untuk berkhidmat selama dua tahun lapan bulan dalam pasukan tentera sebaik mencapai usia 18 tahun, sementara perempuan harus berkhidmat selama dua tahun.

Lelaki ultra-Ortodoks diberikan pengecuali­an dari perkhidmat­an tentera sekiranya mereka terlibat dalam pendidikan keagamaan, namun masih perlu melaporkan diri kepada tentera bagi menerima pengecuali­an mereka.

Beberapa pelajar seminari malah menolak untuk berbuat demikian.

Terdapat bantahan di Bnei Brak dan Baitulmuqa­ddis sejak awal Mac, selepas penahanan seorang pemuda ultra-Ortodoks yang gagal untuk hadir bagi memohon pengecuali­an selepas menerima notis panggilan perkhidmat­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia