Utusan Borneo (Sarawak)

135 ikan paus mati terdampar di pantai Australia

-

PERTH: Sekurang-kurangnya 135 ikan paus mati semalam selepas kejadian ikan paus terdampar beramairam­ai di Australia manakala penyelamat berusaha untuk menggembal­a ikan paus yang masih hidup kembali ke laut.

Kejadian 150 ikan paus yang terdampar di Hamelin Bay, kira-kira 315 kilometer ke selatan Perth, dikesan oleh seorang nelayan komersil pada waktu subuh, dengan kebimbanga­n bahawa bangkai ikan itu akan menarik ikan jerung.

Jabatan Tamandan Hidupan Liar di negeri Australia Barat berkata kakitangan­nya berada di lokasi dan menilai kesihatan dan kesejahter­aan 15 lagi yang masih hidup.

“Kebanyakan ikan paus itu mendampar diri di atas tanah kering pada waktu malam dan tidak hidup,” kata kontroler insiden Jeremy Chick yang menambah mereka sedang menunggu bantuan dan peralatan untuk membantu dalam usaha menyelamat.

“Kekuatan haiwan itu dan keadaan cuaca beribut dan mungkin basah akan menjejaska­n bila dan di mana kami cuba untuk mengeluark­an mereka ke laut.

“Objektif utama adalah untuk memastikan keselamata­n kakitangan dan sukarelawa­n selain peluang terbaik ikan paus itu untuk hidup.”

Pantai Hamelin, yang dinamakan sempena peneroka Perancis Jacques Felix Emmanuel Hamelin yang belayar di kawasan itu sekitar tahun 1801, ditutup dengan amaran ikan jerung dikeluarka­n bagi kawasan tersebut.

Ikan jerung bersirip pendek tinggal di perairan tropika dan subtropika dan sering kelihatan dalam kawanan ratusan ekor dan apabila mereka terdampar, biasanya ia berlaku beramai-ramai.

Sebab kenapa kejadian itu berlaku masih belum diketahui.

Terdapat banyak teori termasuk bentuk kawasan pantai sebagai faktor penyumbang, ikan paus yang menyahut panggilan kecemasan daripada ikan paus lain, atau kawanan yang mengikuti ketua ke atas pantai.

Kejadian terbesar ikan paus terdampar beramai- ramai di barat Australia adalah di Dunsboroug­h pada 1996 apabila 320 ikan paus sirip panjang terdampar di atas pantai.

Semua kecuali 20 ikan paus tersebut hidup.

 ?? — Gambar AFP ?? TERDAMPAR: Gambar serahan Jabatan Pemulihara­an dan Tarikan Biodiversi­ti Jabatan Australia Barat semalam menunjukka­n puluhan ikan paus terdampar di Hamelin Bay, Australia Barat.
— Gambar AFP TERDAMPAR: Gambar serahan Jabatan Pemulihara­an dan Tarikan Biodiversi­ti Jabatan Australia Barat semalam menunjukka­n puluhan ikan paus terdampar di Hamelin Bay, Australia Barat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia