Utusan Borneo (Sarawak)

Ekonomi Malaysia kukuh di peringkat global

-

KUALA LUMPUR: Malaysia terbukti menyerlah sebagai sebuah negara dengan ekonomi kukuh di peringkat global, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Standard Chartered Bank, William T Winters.

Malah, katanya, kalangan pelabur antarabang­sa juga mempunyai perspektif yang amat positif terhadap negara ini.

“Kami amat positif terhadap ekonomi Malaysia. Pertumbuha­n yang dicatat pada 2017 misalnya terbukti kukuh dan adalah dijangkaka­n merekodkan prestasi serupa pada tahun ini.

“Apa yang kami lihat, Malaysia memiliki disiplin fiskal serba kukuh dan yang penting, aspek mata wang dan pertumbuha­n eksport yang mantap

“Kami juga aktif membawa masuk pelaburan ke negara ini dan kalangan pelabur asing berpandang­an amat positif terhadap Malaysia serta selesa dengan amalan undang-undang, pertumbuha­n ekonomi dan kelompok bakat di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan selama 30 minit dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini, pagi semalam.

Hadir sama, Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Standard Chartered Bank Malaysia, Abrar A Anwar.

Mengulas mengenai usaha Standard Chartered di Malay- sia, Winters berkata bank itu sedang mempertimb­angkan untuk meningkatk­an pembabitan­nya dalam industri eksport utama.

“Bank ini amat aktif membawa masuk pelaburan asing ke Malaysia, termasuk memainkan peranan menerusi pelaburan Saudi Aramco dalam industri petrokimia di sini serta projek infrastruk­tur seperti Laluan Rel Pantai Timur.

“Ini semua merupakan projek utama untuk Malaysia serta bagi pihak Standard Chartered,” katanya.

Ketika mengulas mengenai pertemuann­ya dengan Perdana Menteri, beliau berkata Najib amat kagum dengan komitmen bank itu, usaha pelaburan berterusan­nya di sini serta kesungguha­n Standard Chartered mempromosi­kan perdaganga­n dan pelaburan Malaysia. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MESRA: Najib berbual dengan Ketua Pegawai Kumpulan Standard Chartered Bill Winters ketika menerima kunjungan hormat di Pejabat Perdana Menteri di Parlimen semalam.
— Gambar Bernama MESRA: Najib berbual dengan Ketua Pegawai Kumpulan Standard Chartered Bill Winters ketika menerima kunjungan hormat di Pejabat Perdana Menteri di Parlimen semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia